Monday, August 4, 2014

UNIT AMAL SIAP SIAGA HADAPI PRK N46 PELABUHAN KLANG

Desas-desus dan angin yang semakin kencang bahawa Menteri Besar Selangor merangkap ADUN N46 Pelabuhan Klang akan disingkir semakin menjadi kenyataan.

Dalam perkembangan terbaru, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Abdullah yang mendedahkan Tan Sri Khalid terlibat secara langsung dalam urusniaga meragukan susulan penyelesaian hutang antara beliau dan Bank Islam pada Februari 2014. 

Ia dakwanya, termasuk jualan tanah oleh Tropicana Corp Berhad kepada sebuah syarikat, Eco World Berhad pada 19 Mac 2014, selepas ia dibeli dari kerajaan negeri pada April 2013.

“Dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian itu, kita dapati terdapat beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta ringgit yang beri keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama,” ujarnya.

Jelas dan nyata hari ini intergriti Tan Sri Khalid dalam mengurus tadbir negeri Selangor boleh dipertikaikan. 

Menurut seorang sahabat ahli PKR juga, kepimpinan tertinggi PKR juga sedang menimbangkan untuk memecat keahlian Khalid sebagai ahli PKR jika beliau tidak mahu berundur secara terhormat.

Berdasarkan situasi semasa ini, terdapat juga kemungkinan besar Tan Sri Khalid juga akan dipaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri N46 Pelabuhan Klang.

Tindakan mengarahkan Tan Sri Khalid mengosongkan kerusi tersebut adalah sebagai bukti kepada rakyat bahawa PKR dan Pakatan Rakyat amat serius dalam menjalankan urus tadbir yang bersih dan telus. Tiada pemimpin PR yang mempunyai immuniti dan kekebalan.

Unit Amal dapat mengesahkan bahawa terdapat kebenaran berita bakal berlaku PRK Pelabuhan Klang kerana semalam Unit Amal telah diminta untuk menyelaraskan dan mengemaskini  senarai nama anggota Unit Amal di sekitar Selangor. Mungkin inilah petunjuk dan petanda terbaik bahawa Pelabuhan Klang bakal menyaksikan Pilihanraya Kecil ke 7 pasca PRU13.

Keseluruhan anggota Unit Amal berada dalam kesiapsiagaan penuh bagi membantu kejayaan Pakatan Rakyat dalam sebarang pilihanraya.       

No comments:

Post a Comment