Wednesday, May 28, 2014

PAS RAKAM RASA SEDIH ATAS KEMANGKATAN SULTAN PERAK

TELUK INTAN: PAS Negeri Perak melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah jam 1.30 petang tadi.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria (gambar)menyifatkan, kemangkatan Tuanku Sultan adalah satu kehilangan yang sangat besar bagi rakyat khususnya rakyat negeri Perak.

"Almarhum banyak berjasa kepada rakyat negeri Perak di sepanjang pemerintahannya bermula tahun 1989 hingga ke hari ini.

"Barisan kepimpinan PAS Negeri Perak serta seluruh ahli merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga serta Almarhum dan berharap agar semuanya tabah dalam menghadapi dugaan ini," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Razman menjelaskan, PAS Perak ternyata akan merasai pemergian Tuanku yang sangat bersungguh-sungguh dalam pemerintahannya selama 30 tahun bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat terbela.

Oleh yang demikian, beliau berkata, bagi menghormati pemergian Almarhum Tuanku, dengan ini PAS Perak mengumumkan akan menangguhkan segala aktiviti parti di semua peringkat di seluruh negeri termasuklah kempen daripada PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hingga selesai majlis pemakaman.

Jelas beliau, segala program yang telah dijadualkan serta diatur akan ditukarkan menjadi majlis tahlil bagi menghormati kemangkatan Tuanku.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda, kami mendoakan agar Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 28/5/2014

Sunday, May 25, 2014

PIALA THOMAS : SATU LAGI KEGAGALAN KJ

Skuad Piala Thomas negara mempamerkan aksi longlai tanpa semangat untuk tunduk kepada pasukan bukan pilihan Jepun. Dalam pertarungan lebih kurang 6jam, Malaysia tewas 2-3 kepada Jepun yang tidak langsung di beri harapan merangkul piala berprestij tersebut.

Edisi 2014 ini menyaksikan Malaysia melepaskan peluang keemasan menamatkan kemarau 22 tahun tanpa Piala Thomas, tatkala lawan yang ditemui sepatutnya menjanjikan peluang terbaik untuk membawa pulang piala tersebut ke bumi Malaysia.

Kegagalan ini dilihat sebagai kegagalan Kementerian Belia & Sukan untuk memberi tumpuan yang sepatutnya terhadap sukan badminton negara. Jika kita imbau kembali, Menteri Belia & Sukan tidak pernah sekali pun menyebut sebarang pelan kementerian tersebut untuk membangunkan semula sukan badminton yang sebenarnya adalah sukan utama negara.

Kegagalan ini juga perlu menjadi bukti kepada kepimpinan Najib untuk menyingkirkan Menteri Belia & Sukan iaitu Khairy Jamaluddin. KJ telah gagal menyumbang kepada pembangunan sukan negara. Tahun 2014 sudah pun menghampiri setengah tahun tetapi tiada sebarang pencapaian sukan yang boleh dibanggakan oleh Malaysia samada diperingkat Asia Tenggara, Asia mahupun peringkat dunia. Jika KJ dibiarkan terus Malaysia akan terus tenggelam dipersada antarabangsa.

Apa yang lebih meluat dan menjengkelkan, watak KJ tiba - tiba muncul apabila Malaysia layak ke peringkat akhir. KJ memang suka menangguk di air keroh. Jika menang semalam, maka KJ lah akan dilihat sebagai hero yang menyokong penuh sukan badminton. 

Sebaliknya, dimana KJ diwaktu Malaysia terkial - kial dalam peringkat kumpulan? Dimana KJ tatkala skuad negara di lihat tidak mempunyai ruang dalam temasya kali ini? KJ langsung tidak mempedulikan sukan badminton negara. KJ hanya menteri cabuk yang mencari populariti. Ini kah dia orang yang mahu menjadi Perdana Menteri? Orang seperti KJ ini patut di ludah sahaja mukanya.


  

Thursday, May 22, 2014

MELAYU UMNO : CELAKA & MENCELAKAKAN


Insiden sekumpulan orang melayu UMNO menyerbu masuk dalam DUN Penang semalam, adalah satu kejadian yang memalukan kepada negara ini dan institusi berparlimen itu sendiri - DUN adalah 'parlimen' bagi peringkat negeri.

Hanya kerana digelar celaka oleh ADUN Seri Delima, RSN Rayer, mereka tergamak mencemarkan dewan yang mulia tersebut dengan aksi-aksi samseng yang memualkan kepada sesiapa juga yang melihatnya.

Aksi seperti itu sekadar membenarkan kata Rayer bahawa UMNO memang sebuah parti celaka.  Di dalam negara yang memberikan hak kebebasan bersuara kepada semua orang untuk  bercakap apa sahaja, Rayer berhak berkata begitu kepada UMNO.

Melayu Penang didikan UMNO yang berlagak samseng semalam itu patut tahu sebelum membuat keputusan untuk merempuh masuk ke dalam dewan yang sedang bersidang.  Bawa aksi tak bertamadun membuktikan bahawa UMNO mendidik Melayu Penang untuk mengikut undang-undang rimba.

Jauh sangatlah tarafnya berbanding dengan Melayu yang sokong DAP.  Dikatakan di Penang ini, kalau perangai macam orang asli, Melayu UMNO lah tu (atau atas pagar), kalau perangainya elok sikit, itu Melayu DAP.

Lagipun, bangunan DUN itu bukan mak bapak UMNO yang punya, itu adalah milik kerajaan Pakatan Rakyat DAP.  Selama UMNO/BN memerintah Penang pun, tidak pernah sekali bangunan itu diceroboh sesuka hati seperti sekarang.

Sebaik DAP dan Pakatan Rakyat mengambil alih, tak sampai pun 2 penggal, UMNO sudah hantar samseng mereka untuk buat kacau di bangunan tersebut, semasa sidang sedang berlangsung pulak tu.

Bagaimana wakil-wakil rakyat nak bersidang dengan baik kalau orang luar sesuka hati masuk untuk membuat kacau.  Ada pengawal keselamatan (majoriti Melayu) pun tak boleh diharap, seharusnya mereka ini digantikan dengan pengawal berbangsa lain.

Jadi wajarlah untuk Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng hari ini mengarahkan polis untuk mengawal bangunan tersebut dan meletakkan sekurang-kurangnya 3 orang anggota komando polis (UTK) untuk mengawal keselamatan Rayer kemana sahaja dia pergi, termasuk ke tandas atau bersembahyang di kuil.

Ini bagi mengelakkan samseng upahan UMNO bertindak lebih ganas ke atas ADUN yang sangat disayangi rakyat Penang itu kerana aktif membantu rakyat, terutama yang menghadapi masalah dalam bidang undang-undang.

Memang kita tahu Rayer boleh melindungi dirinya sendiri, tapi lebih baik polis yang mengawal beliau kerana memang itu kerja polis pun.


Wednesday, May 21, 2014

LANTIK MAHATHIR : MALAPETAKA KEPADA PROTON DAN RAKYAT

Pelantikkan Mahathir sebagai Pengerusi Proton akan meneyebabkan malapetaka yang lebih dahsyat kepada Proton dan industri automobil negara. Ia seterusnya akan terus membebankan rakyat untuk memiliki kenderaan nasional yang lebih berkualiti pada harga yang lebih murah.

Rakyat sedia maklum kegagalan Proton menyediakan kenderaan yang lebih berkualiti dengan harga rendah adalah akibat daripada campur tangan Mahathir. Mahathir telah menggunakan pengaruhnya untuk memaksa Proton menerima beberapa vendor yang merupakan kroni Mahathir. Proton tidak mampu untuk memilih vendor yang lebih berkualiti sebaliknya terpaksa menerima vendor yang telah di arahkan Mahathir.

Rakyat juga sedia maklum, Proton terpaksa menanggung hampir RM 500 juta beban hutang akibat daripada kerugian MV Agusta, sebuah syarikat permotoran dari Itali yang di ambil alih oleh Proton. Siapakah yang begitu 'gila' untuk memaksa Proton mengambil alih perniagaan yang merugikan? Individu itu tidak lain tidak bukan ialah Mahathir Mohammad.

Kesannya, Proton masih menanggung kerugian tersebut hingga hari ini.

Apakah rasional melantik Mahathir sebagai Pengerusi Proton? Apakah Mahathir mempunyai kemahiran kejuruteraan? Apakah Mahathir mempunyai pengaruh dalam industri automobil dunia yang mampu melonjakkan nama Proton?

Atau Proton sekali lagi menjadi 'kambing hitam' untuk Syed Mokhtar membayar budi baik Mahathir terhadapnya.

Polisi dan pendekatan Mahathir nanti akan lebih menjurus kepada permainan 'silap mata' bukannya satu pendekatan ke arah memajukan pemilikan teknologi oleh Proton.

Apapun, Mahathir sudah dianggap sebagai tidak kompetetif dalam industri automobil negara. Mahathir akan membawa lebih banyak malapetaka kepada Proton berbanding memberi kesan yang lebih positif.

Tuesday, May 20, 2014

PANDA : UMNO GUNAKAN UNTUK DIVERT ISU?

Apakah kita sangat memerlukan Panda sekarang? Apakah Panda ini akan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM 700 Billion? Apakah Panda ini akan membantu menurunkan tarif elektrik? Adakah Panda ini akan menyelesaikan masalah rasuah & ketirisan dikalangan menteri UMNO/BN?

Persoalan mengapa Panda bukan sahaja berlegar di benak fikiran Unit Amal, tetapi juga menjadi tanda tanya rakyat apakah fungsi Panda tersebut. Apakah kerana Rosmah sangat menyukai panda tersebut sehingga menyebabkan Najib sanggup membelanjakan wang rakyat untuk memuaskan hati isterinya?


Alasan yang Najib beri adalah tanda hubungan diplomatik antara Malaysia - China. Alasan paling bodoh dari seorang Perdana Menteri yang bodoh. Kalau itulah alasannya, maka selepas ini kita juga perlu menerima Singa dari Afrika, kita harus terima Kangaroo dari Australia, kita harus terima Penguin dari Kutub Utara. Maka Malaysia akan menjadi habitat kepada segala jenis binatang di dunia. Hebatnya kepimpinan Najib.

Tahukah anda Panda ini akan berada di Malaysia selama 10 tahun. Kos tahunan bagi 2 ekor Panda ini mencecah RM 10juta yang mana boleh membina 250 buah rumah berharga RM 40,000. Kalau 10 tahun boleh bantu 2,500 keluarga untuk dapat rumah. 

Inilah kerajaan Najib, "Rakyat ditipukan, Panda diutamakan"