Monday, May 12, 2014

PANAS : PAS BAKAL BENTUK KERAJAAN DI TERENGGANU!

Berita perletakkan jawatan Menteri Besar Terengganu sudah terjawab malam ini. Lebih menggemparkan, bekas Menteri Besar YB Ahmad Said (DUN KIJAL) mengisytiharkan keluar UMNO dan diikuti oleh YB Ghazali Taib (DUN AJIL).



Tindakan ini telah menyebabkan kedudukan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah 15 BN, 15 PAS dan 2 Bebas. Unit Amal difahamkan terdapat tidak kurang dari 5 ADUN BN akan mengikuti langkah Mat Said seterusnya menggoncang kedudukan BN di Terengganu.

PAS sudah bersiap sedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri berikutan pergolakan politik BN Terengganu. Jika kesemua 7 ADUN Bebas tersebut memberi sokongan kepada PAS maka PAS layak untuk membentuk kerajaan baru.

Jika ini terjadi maka YB Ahmad Razif Abdul Rahman akan mencatat sejarah sebagai Menteri Besar Paling Sekejap di dunia.

Tragedi Perak kini berulang di Terengganu, dahulu UMNo membayar untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kini di Terengganu kegilaan merebut kuasa antara mereka telah menghancurkan kuasa mereka. Janji Allah itu pasti.

Tragedi 13 Mei juga kembali kepada UMNO!

MAT SAID PATUT SERTAI PAS

Desas - desus Menteri Besar Terengganu dipaksa meletakkan jawatan semakin jelas hari ini apabila Draf Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri tersebar di media WhatsApp dan Telegram dikalangan rakyat.

Unit Amal merasakan Ahmad Said telah menjalankan tugasnya dengan baik dan kini mempunyai kuasa penentu masa depan politik Terengganu. 

Unit Amal mencadangkan agar Ahmad Said menyertai PAS bersama seorang lagi ADUN bagi membolehkan beliau kekal sebagai Menteri Besar di bawah pentadbiran PAS.

Ini adalah jalan terbaik untuk memberi pengajaran kepada UMNO/BN yang kelihatan semakin rakus menguasai Terengganu dan kekayaannya.

Pemecatan Ahmad Said secara halus ini adalah agenda dikalangan ahli UMNO Terengganu yang mahu membolot kekayaan negeri ini kerana pentadbiran Ahmad Said sangat tidak membenarkan penyelewengan dan sentiasa mengutamakan rakyat berbanding kroni jahat UMNO.    

Wednesday, May 7, 2014

PRK P076 TELUK INTAN

Pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei ini manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 19 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Piliha Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Pilihan raya kecil itu, yang keenam selepas pilihan raya umum, diadakan selepas kematian wakil rakyat dari DAP Seah Long Peng, 48, pada 1 Mei kerana barah.

Kempen pilihan raya kecil parlimen itu selama 12 hari - enam hari selepas pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor berakhir pada 25 Mei.

KJ : MENTERI TIADA' VALUE ADDED' : SINGKIRKAN!

Semalam kecoh satu Malaya berikutan keputusan Kabinet untuk menghapuskan kolum 'Bangsa' dalam borang - borang agensi kerajaan. Kolum 'Bangsa' ini diputuskan untuk dihapuskan kerana ia tiada nilai tambah atau boleh dirumuskan sebagai tidak mempunyai apa-apa fungsi. Kolum 'Bangsa' ini lebih menjurus kepada sifat rasis antara kaum dan merenggangkan hubungan antara kaum yang semakin retak dek kepimpinan Najib Razak.

Unit Amal untuk pertama kalinya sangat bersetuju dengan keputusan kabinet ini. Malah Unit Amal juga mahu mendesak kepimpinan Najib untuk menyingkirkan sebarang perkara yang dilihat sebagai tiada 'value added'. Ada banyak lagi perkara-perkara yang tiada 'value added' ini tetapi masih kekal dilaksanakan oleh kepimpinan Najib. Misalnya Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang langsung tidak memacu sistem pendidikan negara ke arah yang lebih baik.

Unit Amal juga melihat Kabinet Najib hari ini juga ramai di angggotai oleh kalangan mereka yang tidak menyumbang kepada 'value added' sama ada kepada negara atau rakyat atau kepimpinan Najib sendiri. Menteri tiada 'value added' ini bukan sahaja tidak menjalankan tugasnya dengan baik malah suka pula menjaga tepi kain kementerian lain. 

Menteri tiada 'value added' ini suka mencari populariti pada tempat dan masa yang tidak betul. Menteri tiada 'value added' ini juga dengan sombongnya sanggup bergaduh sama ada dengan Institusi Beraja mahupun dengan individu biasa seperti Raja Bomoh. Ini jelas menunjukkan Menteri seperti ini hanya merosakkan negara dan merendahkan martabat kepimpinan yang di amanahkan oleh rakyat.



Menteri yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah Menteri Belia & Sukan iaitu Khairy Jamuludin. Unit Amal mendesak Najib untuk menyingkirkan KJ dalam masa terdekat kerana dia langsung tidak menunjukkan kebolehan memimpin sebaliknya KJ hanyalah seorang yang mementingkan kuasa dan pangkat semata - mata. 

Buktinya? Mudah. Cuba lihat sejak KJ memimpin Kementerian Belia & Sukan. Apakah sukan yang dapat mengangkat nama negara? Banyak sukan yang dahulunya didominasi Malaysia tetapi semakin tenggelam di arena dunia. Sukan Squasy misalnya, pencapaian negara semakin merudum sebenarnya. Dulu Nicole Ann David adalah juara terulung dan tidak terkalah tapi baru-baru telah tewas mengejut di tangan pemain tidak ternama.

Cuba lihat pencapaian Malaysia di Sukan SEA. Pasti ramai yang sedar bahawa kita tidak mencapai yang disasarkan. 

KJ Must Go! No Value At All! 

Tuesday, May 6, 2014

MAT SABU CALON TERBAIK DI P051 BUKIT GELUGOR

Berdasarkan analisa serta jangkaan Unit Amal, PAS adalah parti paling sesuai untuk mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Pilihanraya Kecil P051 Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Semua maklum bahawa kerusi ini adalah kerusi tradisi DAP dan melihat ia adalah keterlaluan untuk DAP tunduk dan memberi laluan kepada PAS sedangkan majoriti pengundi adalah pengundi Cina dan Bukan Islam.

Walau bagaimanapun, Unit Amal mempunyai sudut pandang serta asas kukuh untuk mencalonkan wakil dari PAS.

Jika DAP bersetuju untuk memberi laluan kepada PAS di PRK Bukit Gelugor, maka calon terbaik tentulah Tuan Haji Mohammad Sabu selaku 'ayam sabung' PAS menentang calon BN pada 25 Mei kelak.


Berikut adalah analisa Unit Amal : Kenapa PAS & Mat Sabu?
1. Bukit Gelugor mempunyai lebih kurang 82,042 orang pengundi dan 75% adalah pengundi Cina. Ini akan mematahkan semangat BN untuk melawan seterusnya membunuh  moral jentera BN untuk berhabis - habisan di Bukit Gelugor.

2. Bukit Gelugor akan menjadi cermin kepada seluruh pelosok negara bahawa Pakatan Rakyat tetap ampuh dengan serangan UMNO/BN dalam isu Hudud.

3. Bukit Gelugor merupakan 'acid test' terbaik untuk mengekalkan ukhwah dalam Pakatan Rakyat yang pada masa kini di gembar - gemburkan oleh media proksi UMNO/BN sebagai lemah dan retak yang menanti belah.

4. Mat Sabu adalah individu terbaik dan boleh dianggap sebagai 'super sub' kepada mendiang Karpal Singh. Karsima dan ketegasan Mat Sabu adalah setanding hebatnya dengan mendiang.

5. Mat Sabu sangat terkenal dikalangan penduduk & pengundi di Pulau Pinang pada masa kini kerana beliau sangat rapat dan dipercayai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang serta telah di lantik sebagai seorang penasihat  Perbadanan Air Pulau Pinang.

Unit Amal berjanji akan turun membantu calon Pakatan Rakyat di Bukit Gelugor nanti. KEMENANGAN SUDAH BERADA DALAM GENGGAMAN KITA. BUKIT GELUGOR ADALAH LANGKAH KE PUTRAJAYA!