Monday, April 6, 2015

MAHATHIR LAWAN NAJIB, PAS PATUT MENANGGUK DI AIR KERUH

Perang saudara antara UMNO nampaknya semakin sengit. Mahathir nampaknya masih belum mahu menamatkan perang ke atas Najib. Mungkin kerana kehendaknya belum dipenuhi oleh Najib, mungkin hajat belum tertunai dek Najib, mungkin janji antara mereka belum dikotakan.

Dikalangan kami ahli PAS dan Pakatan Rakyat, serangan Mahathir ini pastilah suatu kelebihan yang sangat sihat lagi bermakna. Mahathir dan pembangkang seolah-olah dalam suatu pasukan atau berkongsi impian melihat Najib dan rejim UMNO/BN tumbang.

Berbeza dengan Mahathir, PAS khususnya menolak Umno kerana kezaliman yang diwarisi era kepimpinan Mahathir masih lagi menjadi pagar besi yang melilit rakyat bawahan. Pelbagai cara digunakan untuk memerah keringat rakyat demi kekonyongan perut pemimpin. 

Dikalangan ahli PAS sudah ada yang terjerat dengan permainan silap mata Mahathir-Najib, ada yang mulai berani menyatakan sokongan terhadap Mahathir kerana semata-mata political mileage memihak PAS.

Kepada kepimpinan PAS, Unit amal harapkan agar tidak terjebak dengan permainan politik ini kerana buruk-baiknya akan terpalit dan memberi kesan kepada PAS. Belum diketahui helah Mahathir setakat ini, tetapi setakat ini Mahathir belum pernah mahu berkerjasama dengan PAS. 

Sejarah membuktikan, terjahan Mahathir keatas Pak Lah dulu hanya kerana mahu menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri bukannya menumbangkan BN seluruhnya. Tetapi kesannya, Najib hanya menang majoriti kecil pada PRU13 yang lalu dengan undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat.

Mahathir perlu dijadikan peluru berpandu oleh PAS untuk menjatuhkan Najib, inilah kesempatan kepada kita. Bukannya menjadikan Mahathir sebagai sekutu baru. Ini strategi perang yang berbeza.

Menjadikan Mahathir peluru untuk menyerang dan benteng apabila diserang adalah strategi terbaik. Terpulang kepada kepimpinan PAS untuk mengambil peluang yang terjelma ini. Medan perang sudah terbuka, senjata perang sudah bersedia, benteng pertahanan juga begitu kuat untuk berlindung. Apa lagi yang tinggal kini adalah menunggu panji-panji perang dikibarkan. Pandai-pandailah memilih jalan perang.

Sehingga hari ini, nampaknya portal seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider lebih bijak mengatur strategi menggunakan senjata ini. Harakah dan PAS nampaknya seperti terkebelakang sedikit. 

Apapun, pertembungan dua gergasi ini sepatutnya menjadi kelebihan untuk PAS meningkatkan kekuatan dan menarik sokongan serta mengembalikan maruah PAS.
 

No comments:

Post a Comment