Thursday, April 23, 2015

#PRKROMPIN : HIMPUNAN PERDANA SELAMATKAN FELDA 2.0 BATAL

PAS memohon maaf kepada pengundi khususnya pengundi di kawasan Felda kerana terpaksa membatalkan Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini.

PAS mengambil ketetapan itu setelah menimbangkan beberapa faktor yang dirasakan akan merencatkan Himpunan itu sekaligus merosakan mood pengundi di Rompin.

Walau bagaimanapun tiada alasan yang dinyatakan oleh kepimpinan PAS dan hanya menyebut “atas sebab-sebab tertentu”.


Unit amal cuba bertanya dan mencari-cari jawapan sebenar dari kalangan pimpinan PAS berikutan keputusan membatalkan himpunan tersebut dibuat pada saat akhir.

Menurut sumber dalaman, pembatalan tersebut terpaksa dibuat kerana faktor kebimbangan kehadiran peserta himpunan nanti.

Himpunan ini tidak dirancang dengan teliti dan tidak mengambil kira implikasi politik PAS di kawasan Felda.


Himpunan Ini juga dikatakan tidak mendapat komitmen dan restu ANAK yang dipimpin oleh saudara Mazlan Aliman. Idea mengadakan himpunan ini datang daripada kumpulan yang bukan pro ulama dan dibimbangi ia bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Nazri dan ulama terutama Tuan Guru Hj Hadi Awang selaku Presiden. 

Jika kehadiran sekadar sekitar 100 orang ini pastilah menjatuhkan kredibiliti Presiden.

Antara sebab lain juga, PAS akan terus berkempen atas slogan ‘1 Undi PAS, 1 Undi Tolak GST’. Fokus gerak kerja PAS akan lebih menumpu kepada isu GST.

PAS juga sedar pengundi di Felda amat mudah beralih arah kembali kepada calon Umno seandainya isu-isu yang dibawa oleh Himpunan ini diselesaikan oleh Felda.

Oleh yang demikian, PAS akan berusaha keras berkempen dari pintu ke pintu di kawasan Felda dan itu dilihat lebih efektif untuk mendekati pengundi. Misi sekarang adalah Ustaz Nazri mahu terus bersemuka dengan pengundi di kawasan Felda. Jentera dan ceramah PAS akan lebih menumpu di kawasan Felda.

#PRKROMPIN : KALAU MAHU HUDUD, MENANGKAN PAS DI P091 ROMPIN

Pilihanraya Kecil Rompin nampaknya semakin panas, panas dek isu GST dan Hudud.

Unit amal sempat mengikuti ceramah Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu semalam di UPU Sungai Tiong, Tanjung Gemok Rompin.

Mat Sabu dalam pesanannya kepada pengundi Islam Rompin menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan orang Islam menyokong hukum Hudud, dan cara menyokong hukum Allah adalah dengan memberi undi kepada PAS di Rompin.

Memberi undi kepada PAS adalah untuk menambah suara Hudud di parlimen. Ustaz Nazri, calon PAS bagi PRK Rompin kali ini adalah kalangan pemimpin pro ulama’ dan tentulah pro Hudud. Jika PAS gagal di Rompin, jalan untuk melaksanakan Hudud di Kelantan dan Malaysia juga semakin sukar. Bukan sahaja Hudud tetapi juga usaha untuk menekan kezaliman BN dalam isu GST juga akan terbantut.

Sokongan pengundi Rompin sangat diperlukan untuk menjadi isyarat kepada Umno/BN bahawa rakyat semakin dihimpit dan undang-undang bersandarkan Islam perlu ditegakkan di bumi Malaysia ini.


Jentera PAS perlu membuktikan bahawa tanpa PKR dan DAP, PAS masih boleh berdiri dengan megahnya merobek dan meruntuhkan kubu kuat BN. Kejayaan PAS bukan semata-mata sokongan PKR dan DAP, kejayaan PAS akan membuka mata PKR dan DAP bahawa PAS adalah tunjang kekuatan Pakatan Rakyat.

Wednesday, April 15, 2015

#PmtgPauh, #PRKPermatangPauh: CALONKAN MAT SABU KALAU MAHU PAS DI SANA

Jentera pilihanraya di P044 Permatang Pauh sudah dilancarkan 14 April 2015. Pada malam tersebut, siapakah calon Pakatan Rakyat tidak diumumkan secara rasmi. Jangkaan seperti Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail yang akan bertanding.

Sekalipun selipar jamban Anwar Ibrahim yang menjadi calon, boleh dikatakan 99% calon tersebut akan menang selesa. P044 adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

Cuma pada malam pelancaran itu tiada kelibat pemimpin dan ahli PAS yang kelihatan. Ada. Mungkin boleh dibilang dengan jari.

Keesokannya  pula, Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh mengeluarkan kenyataan ahli PAS akan menolak calon dari keturunan Anwar Ibrahim.

Jika ini berlaku, pastilah ia akan beri kesan kepada peratusan turun mengundi dan menjejaskan majoriti besar Anwar Ibrahim di sana.

Jadi solusinya apa?

Solusinya ialah PKR dengan rendah hati membuka laluan kepada mana-mana ahli PAS yang dirasakan sesuai untuk diberikan tempat di Permatang Pauh. Untuk sementara waktu! Kita faham itu kerusi tradisi PKR.

Siapa pula calon PAS paling layak? Tentulah Ustaz Mat Sabu ayam tambatan yang paling sesuai untuk diberi kepercayaan menggalas tugas tersebut.

Mat Sabu sekarang merupakan BOD Lembaga Air Pulau Pinang, merupakan Timbalan Presiden PAS dan tiada portfolio dimana-mana kawasan Parlimen mahupun DUN. Maka sangat sesuailah beliau diletakkan taruhan untuk membaham calon BN/Umno pada 7 Mei ini.

Jika Mat Sabu dijadikan calon di Permatang Pauh, maka segala kekusutan dalaman antara parti dalam Pakatan akan dapat diselesaikan.

Mat Sabu semestinya akan mendapat restu dan sokongan padu daripada Lim Guan Eng dan DAP.

Jika ditanya kepada Anwar pun kalau bukan isteri anaknya yang diletakkan sebagai calon, pastilah Anwar akan meredhai nama Mat Sabu.

Apa yang penting sekarang ialah Permatang Pauh mesti menang besar. Mesti pastikan BN dimalukan dan hilang wang pertaruhan. Permatang Pauh mesti menjadi signal kepada BN/Umno untuk membatalkan GST. Permatang Pauh mesti menjadi manifestasi kemarahan rakyat terhadap rejim Najib dan Umno.

#MatSabuBukanSyiah
#MatSabuPenyelematPR    

Tuesday, April 14, 2015

CILAKA PUNYA DAP, LAGI GAMBAR FAKE UNTUK BURUKKAN PAS

Himpunan HINDAR yang dianjurkan Majlis Ulama PAS pada 11 April lalu bertujuan untuk MEMBANTAH GST! Ia sama sekali tidak untuk tujuan memburukkan mana-mana pemimpin PAS!

Unit amal sebenarnya dah mula marah dengan sekor leader DAP ni, Ronnie Liu telah mengambil kesempatan untuk menggunakan gambar super imposed yang mungkin dibuat oleh Red Bean Army. Ronnie Liu telah memuatnaik di FB nya mengatakan kononnya Himpunan Hindar adalah untuk menjatuhkan dan menghentam Mat Sabu.

Cina bernama Ronnie Liu ni memang celaka! Takut sangat PAS keluar Pakatan hingga terpaksa menggunakan psywar murahan untuk menakut-nakutkan serta memecahbelahkan PAS.

Cuba lihat apa yang Ronnie Liu celaka ni post di FB dia!


Ini memang biadap dan celaka!

Unit amal terpaksa tunggu lama sikit untuk naikkan cerita ini kerana masih mencari gambar sebenar yang telah di super imposed kan oleh balaci RBA Ronnie Liu.

Ini hasilnya;

Celaka Ronnie Liu dan tentera RBAnya nampaknya sengaja mencetuskan provokasi untuk melaga-lagakan pemimpin PAS. Celaka Ronnie Liu ni memang mahu lihat PAS berpecah belah supaya senang mereka menguasai peranan dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan pelaksanaan Hukum Hudud.

Ronnie Liu memang takut sangat dengan Hudud dan PAS.

Pesan kepada Ronnie Liu, sila pasang samseng-samseng Cina kamu! Pastikan mereka escort kamu sampai ke neraka nanti.

#PermatangPauhByElection : CALON PAKATAN RAKYAT MASIH RAHSIA #PrmtngPauh

Unit amal kongsikan sedikit pandangan rakan berkenaan Pilihanraya kecil Permatang Pauh.



PRK Permatang Pauh tak lama lagi... Siapakah calun PKR kali ni???

Isterinya kah??? Atau isterinya kah??? 
Atau isterinya kah???


Apakah PAS akan bersama??? Kemunkinan PAS akan bersama PR... Itu atas tahalluf siyasi dalam menjatuhkan UMNO BE END...

Dalam situasi PKR menentang Enakmen Kanun Jenayah Syariah... Apakah tahalluf SIYASI masih 'applicable'???

Dalam situasi DAP memutuskan hubungan dgn Presiden PAS... tapi bersikap 'double standard' mengharapkan hubungan 'setiakawan' dari ahli2 bawahan PAS menguntungkan PRK Permatang Pauh???

Mungkin ada ahli PAS yang berAQIDAH PR yang memBENCI PAS akan 'all-out' dalam memenangkan PKR dalam PRK Permatang Pauh kali ni...

Ramai yg aku tengok dah terpesong jauh dari 'track' tuntutan syahadah dgn alasan nak menjatuhkan kezaliman UBN dgn menciptakan kezaliman baru iaitu mengambil pluralisma sebagai cara hidup dan berpolitik...

Semuga Allah selamatkan mereka yg beriman dari terikut2 dgn emosi perasan hebat dan terlajak cerdik...

Aku??? Aku akan alasan2 syar'ei yang dirumuskan oleh MAJLIS SYURA ULAMA PAS... sebab aku berpandukan sebuah hadis nabi saw yang mafhumnya :

"Barangsiapa bersyubhat dgn sesuatu kamu/puak, dia dari kalangan mereka itu"

PAS Kalah adalah lebih MULIA dari Menang dalam keadaan Islam di hina oleh MUNAFIQIN, MUSYRIKIN WAL KAFIRIN...

Apsal Keling ni tetiba nak 'kerjasama'?

Tiada bagi aku alasan logik akal Ku untuk mendepani situasi jemaah dengan menafikan keputusan jemaah MSU... Allahu A'lam...

NIZAR TEWAS DI KAMPAR, HUSAM DALAM BAHAYA!

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tewas mengejut kepada pencabarnya Ustaz Mohd Soffian Rejab bagi jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar.

Nizar hanya mendapat 24 undi berbanding Usataz soffian yang mendapat 146 undi. Di luar jangkaan!

Apakah muslihat pemilihan PAS kali ini?

Siapakah master mind dibelakang percaturan gelap ini?

Unit amal tak mahu tuduh sesiapa.

Jika Nizar selaku bekas menteri besar boleh di kalahkan di kawasan yang selama ini menjadi kubu kuatnya apakah di kawasan-kawasan lain juga nanti bakal menyaksikan ketidaktentuan keputusan memilih oleh ahli PAS?

Jika Nizar boleh dikalahkan dengan helah dan muslihat, tidak mustahil akan ada perancangan yang lebih kasar untuk tidak memastikan Husam Musa memegang tampuk kepimpinan PAS Pusat.

Petanda kekalahan Nizar di Kampar boleh dijadikan ukuran 'jalan' yang akan ditempuhi Husam menjelang Jun ini.


Ketika ini, mood pencalonan oleh kawasan nampaknya memberi petanda baik buat Husam yang akan mencabar Tuan Guru Hj Hadi Awang selaku Presiden. Dengan jumlah pencalonan 8 setakat ini, Husam, Hadi dan Ahmad Awang telah layak untuk bertanding jawatan tersebut.

Cuma kebimbangan adalah mood pemilihan nanti akan di sabotaj oleh tangan - tangan ghaib yang tidak berani masuk gelanggang secara gentlemen.

Husam mesti lebih berhati-hati mulai saat ini. Husam sedang diekori dan diperhatikan oleh mereka. Yang penting sekarang gerak kerja Husam setakat ini nampaknya lancar dan berkesan serta sangat diterima akar umbi.

Ahli PAS sudah lama dahagakan kepimpinan muda yang lebih profesional dan rasional.

#Husam4Presiden
 

Wednesday, April 8, 2015

LEBIH BAIK PUJUK MAHATHIR SOKONG HUDUD

Unit amal dan kalangan rakyat sedang memerhati apakah kesudahan pertembungan dua pemimpin Umno antara Mahathir dan Najib.

Unit amal berasakan mereka sedang bermain politik untuk survival politik Umno/BN. Mereka bertembung untuk menguatkan Umno khususnya.

Unit amal juga tidak hairan, ada pemimpin yang cuba dan sedang mencuri peluang di antara ruang pertembungan pemimpin Umno ini. Antaranya, pemimpin - pemimpin bawahan Umno hari ini ramai sudah menyatakan pendirian tidak kurang juga pemimpin utama yang lain.

Sebenarnya unit amal tak berminat nak ulas tentang perihal dan tingkah laku ahli Umno, kerana yang pastinya mereka akan berpuak hanya untuk menjaga periuk nasi masing-masing. 

Unit amal melihat perkembangan yang sihat di mana ada usaha dari pihak PAS khususnya melalui Dato Mahfuz Omar untuk mengembleng tenaga bersama Mahathir bagi membongkar penyelewengan Najib/Umno. Sebagai langkah pertama, YB Mahfuz Omar telah berjaya mempertemukan ibu Lans Koperal Sirul Azhar iaitu Mak Biah dengan Mahathir baru-baru ini. 


Langkah seterusnya, Mahfuz dan para pemimpin PAS harus duduk semeja dengan Mahathir demi menegakkan undang-undang Hudud di Malaysia.

Seperti semua orang tahu, Mahathir lah orang yang begitu anti hudud. Mahathir lah orang yang mengancam akan mengambil apa juga tindakan ke atas negeri Kelantan jika meneruskan hudud pada 1993. Mahathir sehingga hari ini masih konsisten menolak hudud yang di anggap sebagai undang-undang yang zalim dan ketinggalan zaman.

Maka, demi memberi tekanan kepada kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan Najib, PAS perlu berkerjasama dengan Mahathir untuk memastikan hudud diluluskan di Parlimen kelak.

Maka janganlah berlengah lagi, sementara Mahathir membuka pintu hatinya untuk berkerjasama dengan PAS, eloklah di segerakan pertemuan dan perbincangan berkenaan isu hudud. Dalam keadaan tersepit dan di hentam teruk oleh penyokong Najib, pastilah Mahathir tidak akan melepaskan peluang untuk membalas dendam dengan peluru berkaitan hudud.

Di Parlimen hari ini, hanya terdapat 121 wakil rakyat Islam iaitu 89 Umno, 22 PAS dan 10 PBB/Sarawak. Jika di tambah tolak, mungkin sukar untuk mendapatkan sokongan 1/2 Dewan Rakyat. Ini kerana, wakil-wakil rakyat seperti Nazri Aziz, Nur Jazlan, Bung Mukhtar dan beberapa lagi nampaknya seperti tidak akan hadir ketika rang undang-undang hudud dibahaskan di Parlimen nanti. Itu belum termasuk ahli Parlimen PAS yang dilihat seperti lalang dan tidak diyakini akan menyokong undang-undang hudud ini.

Jika Mahathir dapat di yakinkan untuk menyokong hudud, maka proses ini akan lebih mudah kerana rakyat akan memberi tekanan kepada ahli Parlimen Islam akibat ayat-ayat power Mahathir nanti.

Jika Mahfuz boleh mengutip political mileage dengan membawa Mak Biah bertemu Mahathir, percayalah karier politik Mahfuz akan terus cemerlang lagi terbilang jika berjaya membawa rundingan dengan Mahathir berkaitan hudud.

Muktamar Jun nanti, pastilah Mahfuz menjadi hero dan winable candidate untuk sebarang jawatan yang beliau tandingi. Percayalah itu.
   

HINDAR : HIMPUNAN DERITA RAKYAT

PAS melalui Dewan Ulama PAS Pusat akan menganjurkan himpunan sempena 10 hari selepas GST dilaksanakan. Himpunan Derita Rakyat atau HINDAR akan diadakan pada 11 April ini bermula jam 4 petang hingga 8.30 malam bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Anehnya, HINDAR dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS dan himpunan ini diketuai sendiri oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang dan dibantu oleh Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man. Lama sudah Tuan Presiden tidak mengambil peranan utama dalam sebarang himpunan, malah sejak kebelakangan ini ramai kalangan pemimpin PAS yang kurang komited terhadap himpunan seperti TURUN, BantahGST, mahupun yang terbaru KitaLawan.

HINDAR nampaknya bukan sekadar himpunan solidariti rakyat terhadap kezaliman Umno/BN. Hindar umpama senjata serampang dua mata.

Kalau Unit Amal boleh beri contoh, ada dua benda yang rakyat dan ahli PAS mesti HINDARkan. Yang pertama pastilah HINDARkan Umno/BN, yang kedua agak rahsia sikit. Seolah-olah Tuan Guru Presiden mahu menyampaikan mesej tersirat agar ahli PAS mengHINDARkan diri dari kalangan mereka yang dianggap parasit oleh PAS.

Menjelang Muktamar Jun ini, persaingan merebut jawatan nampaknya semakin sengit. Mungkin Tuan Guru Presiden sudah menghidu beberapa individu yang mengancam kedudukan beliau. Bukan lagi rahsia, Dato Husam Musa nampaknya mendapat pencalonan yang agak tinggi dari beberapa PAS Kawasan. Ini petanda kurang baik kepada Tuan Guru Presiden.

Himpunan HINDAR ini menampakkan strategi Tuan Guru Presiden bersama pasangan yang mendapat restunya iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man yang dijangka bertanding sebagai Timbalan Presiden. Himpunan HINDAR ini boleh dijadikan batu asas dan petunjuk sokongan ahli bawahan terhadap Tuan Guru Presiden dan kumpulan ulama.

Jika Dato Husam Musa dipilih sebagai Presiden pada Jun nanti, pastilah imej Ulama akan tercalar dan mencerminkan kegagalan ulama memimpin PAS selama ini. Maka mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kekal ditakhta pemerintahan.
 

Monday, April 6, 2015

MAHATHIR LAWAN NAJIB, PAS PATUT MENANGGUK DI AIR KERUH

Perang saudara antara UMNO nampaknya semakin sengit. Mahathir nampaknya masih belum mahu menamatkan perang ke atas Najib. Mungkin kerana kehendaknya belum dipenuhi oleh Najib, mungkin hajat belum tertunai dek Najib, mungkin janji antara mereka belum dikotakan.

Dikalangan kami ahli PAS dan Pakatan Rakyat, serangan Mahathir ini pastilah suatu kelebihan yang sangat sihat lagi bermakna. Mahathir dan pembangkang seolah-olah dalam suatu pasukan atau berkongsi impian melihat Najib dan rejim UMNO/BN tumbang.

Berbeza dengan Mahathir, PAS khususnya menolak Umno kerana kezaliman yang diwarisi era kepimpinan Mahathir masih lagi menjadi pagar besi yang melilit rakyat bawahan. Pelbagai cara digunakan untuk memerah keringat rakyat demi kekonyongan perut pemimpin. 

Dikalangan ahli PAS sudah ada yang terjerat dengan permainan silap mata Mahathir-Najib, ada yang mulai berani menyatakan sokongan terhadap Mahathir kerana semata-mata political mileage memihak PAS.

Kepada kepimpinan PAS, Unit amal harapkan agar tidak terjebak dengan permainan politik ini kerana buruk-baiknya akan terpalit dan memberi kesan kepada PAS. Belum diketahui helah Mahathir setakat ini, tetapi setakat ini Mahathir belum pernah mahu berkerjasama dengan PAS. 

Sejarah membuktikan, terjahan Mahathir keatas Pak Lah dulu hanya kerana mahu menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri bukannya menumbangkan BN seluruhnya. Tetapi kesannya, Najib hanya menang majoriti kecil pada PRU13 yang lalu dengan undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat.

Mahathir perlu dijadikan peluru berpandu oleh PAS untuk menjatuhkan Najib, inilah kesempatan kepada kita. Bukannya menjadikan Mahathir sebagai sekutu baru. Ini strategi perang yang berbeza.

Menjadikan Mahathir peluru untuk menyerang dan benteng apabila diserang adalah strategi terbaik. Terpulang kepada kepimpinan PAS untuk mengambil peluang yang terjelma ini. Medan perang sudah terbuka, senjata perang sudah bersedia, benteng pertahanan juga begitu kuat untuk berlindung. Apa lagi yang tinggal kini adalah menunggu panji-panji perang dikibarkan. Pandai-pandailah memilih jalan perang.

Sehingga hari ini, nampaknya portal seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider lebih bijak mengatur strategi menggunakan senjata ini. Harakah dan PAS nampaknya seperti terkebelakang sedikit. 

Apapun, pertembungan dua gergasi ini sepatutnya menjadi kelebihan untuk PAS meningkatkan kekuatan dan menarik sokongan serta mengembalikan maruah PAS.
 

Wednesday, April 1, 2015

PRK PERMATANG PAUH, MUNGKINKAH 3 PENJURU?

PRK Permatang Pauh akan diadakan pada bila-bila masa, biarpun tarikhnya belum di umumkan secara rasmi oleh SPR.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi PKR dan merupakan kubu paling utuh PKR di Malaysia. Tatkala rakyat menolak PKR pada PRU 11 tahun 2004, Permatang Pauh merupakan satu-satunya kerusi PKR di Parlimen.

Permatang Pauh bukan sahaja menjadi tanda sokongan rakyat kepada Anwar dan keluarganya tetapi tanda sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Permatang Pauh bukan sahaja ujian untuk memperlihatkan sokongan rakyat kepada Anwar dan keluarganya tetapi menjadi kayu ukur menilai kekuatan Pakatan Rakyat.

Apa sahaja keputusan di Permatang Pauh nanti, ia pasti menjadi kesan besar kepada keseluruhan Pakatan Rakyat.

PAS melalui Ketua Penerangan Mahfuz Omar memberi jaminan untuk turun berkempen di Permatang Pauh.

Tetapi harus di ingat, bukan semua ahli PAS setuju dengan jaminan Mahfuz Omar tersebut. Majoritinya menolak untuk terus berkerjasama dengan PKR - DAP di Permatang Pauh nanti.

Sentimen meluat dengan DAP - PKR ini semakin meluap-luap di kalangan ahli PAS terutama di Pulau Pinang kerana tindakan DAP yang menyepak keluar PAS dari Pakatan sewenang-wenangnya.

Apakah ahli PAS akan terus memberi undi kepada Pakatan Rakyat di Permatang Pauh?, masih adakah peluang untuk menang dengan majoriti besar sebagai tanda bermulanya momentum menawan Putrajaya menjelang 2018 nanti? Masih sempatkah mengubati luka parah hati ahli PAS yang telah dirobek dan dicincang habis-habisan oleh PKR - DAP? Apakah ahli PAS begitu dungu untuk terus diperkotak-katikkan oleh DAP-PKR terutama di Pulau Pinang? Apakah ahli PAS begitu buta hatinya untuk melihat bagaimana PKR seolah-olah memulaukan PAS di Pengkalan Kubor? Apakah begitu dayus ahli PAS untuk terus tunduk dengan tekanan terhadap Hudud di negeri Kelantan? Itu belum cerita bagaimana DAP-PKR yang mendominasi gerakan di Sabah dan Sarawak dengan tanpa rasa kasihan dan belas kepada PAS yang bau memulakan tapak di sana tetapi telah di injak-injak oleh rakan tahaluf siyasinya sendiri.

Trend pengundian nanti di Permatang Pauh akan merungkai segala persoalan Unit Amal di atas.

Unit Amal percaya, ahli PAS tidak akan membalas dosa-dosa DAP-PKR dengan perasaan emosi dan amarah, ahli PAS takkan mensabotaj proses PRK Permatang Pauh.

Atau mungkin juga ahli PAS akan menggunakan platform demokrasi sebagai tanda memperingati dosa-dosa DAP-PKR terhadap keikhlasan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Laungan 'Tumbangkan Umno/BN" bukanlah senjata ampuh untuk memerangkap hati nurani ahli PAS lagi. Benar, memang benar, PAS mahu menumbangkan Umno/BN. Masih ada jalan untuk menumbangkan Umno/BN kalaupun tidak bersama Pakatan Rakyat walau jalan itu sukar tetapi ia lebih baik buat PAS.