Gambar Sekadar Hiasan |
Unit amal agak pening memikirkan apa sebenarnya langkah ke hadapan PKR. Ada kalangan ahli PKR sudah berani mengangkat sepanduk meminta Mahathir menjadi Ketua Umum menggantikan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Benarkah ini benar-benar kehendak ahli akar umbi atau sekadar drama menakut-nakutkan Umno/BN?
Pada 11 Feb lalu di hadapan ibu pejabat PKR di Tropicana, Damansara sehari selepas Dato Seri Anwar dijatuhkan hukuman terdapat sekumpulan ahli PKR membawa sepanduk untuk meminta Mahathir dilantik menjadi Ketua Umum. Pada mulanya, Unit Amal merasakan ini hanya polemik segelintir ahli atau sekadar acahan dan provokasi oleh sekumpulan barua Umno untuk memecahbelahkan PKR dan Pakatan Rakyat. Jadi Unit Amal tak berminat untuk mengulas lanjut.
Tetapi, dalam perhimpunan #KitaLawan 7 Mac lalu, sekali lagi kumpulan yang sama mengangkat sepanduk untuk menjadikan Mahathir sebagai Ketua Umum, maka ia jelas satu signal serius dari segelintir penyokong PKR. Ada juga yang menyatakan ia adalah tindakan dan arahan bekas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Sepanduk juga ada tertera nama MB Selangor sekarang iaitu Azmin Ali. Mungkin ini sabotaj keatas kepimpinan Azmin Ali yang diketahui umum sebagai bekas anak angkat Mahathir.
Unit amal sekadar mampu tersenyum melihat drama king yang tidak berplot ini. Jalan cerita yang berterabur dan semakin caca marba ini tetapi amat menarik untuk diperhalusi dan diikuti. Jangan nanti ketinggalan bas pula.
Unit Amal percaya sememangnya ada usaha ke arah menjadikan PKR sebuah parti yang berpengaruh dan gerakan membawa masuk Mahathir sebagai pemimpin juga mendapat restu pemimpin atasan PKR. Kalau tidak masakan berani kelompok kecil itu mengangkat sepanduk di Sogo sedangkan ramai yang hadir itu rata-rata sudah menanam kebencian maksimum ke atas Mahathir.
Sama-sama kita nantikan drama bersiri yang belum duketahui dimana episod pengakhirannya.
No comments:
Post a Comment