DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | 10 Februari 2015.
PAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.
Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.
Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam.
Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.
Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.
Presiden PAS
No comments:
Post a Comment