Tuesday, February 10, 2015

TAKZIAH ANWAR OLEH DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG



DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | 10 Februari 2015.

PAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.

Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam.

Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.

Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.



Presiden PAS

#PRKPERMATANGPAUH: MAHATHIR BAKAL CALON BN DI PERMATANG PAUH?

Jangan terkejut dengan berita ini! Inilah yang berita yang semakin panas dalam WhatsApp dan Telegram. 

Sejurus Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman dan dihumbankan ke penjara, ahli politik Umno sudah berteka-teki siapakah calon paling layak untuk merampas kerusi panas Permatang Pauh. Banyak juga nama yang disebut, terlalu banyak juga yang menawarkan diri untuk menjadi hero, tak kurang juga yang nak jadi heroin.

Tatkala Pakatan Rakyat belum pulih dari kejutan hukuman songsang keatas Anwar Ibrahim, Umno sudah mencaturkan gerak langkah untuk terus menghimpit dan menghancurkan politik Pakatan Rakyat.



Dalam banyak nama yang di sebut, nama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir antara calon paling layak bertanding di Permatang Pauh. Ada banyak sebab juga nama Mahathir dikaitkan dengan sebagai calon, kerana selepas Anwar Ibrahim, Mahathir orang paling digeruni oleh orang Umno.

Unit Amal menjalankan sedikit risikan, kenapa perlu Mahathir di Permatang Pauh? Berikut sedikit sebab musabab nama Mahathir terpacul sebagai calon BN di Permatang Pauh :

1. Mahathir adalah susuk yang paling KREDIBEL untuk berdepan dengan amukan rakyat di Permatang Pauh nanti. Sebagai orang yang memulakan langkah 'membunuh' harapan rakyat terhadap Anwar Ibrahim, Mahathir dilihat sebagai senjata paling ampuh untuk menyelamatkan BN.

2. Mahathir adalah seorang yang vokal, mengkritik Pak Lah dan Najib secara terbuka. Maka meletakkan Mahathir sebagai calon akan menyebabkan beliau 'sibuk' dan lebih menumpukan kepada menyerang Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

3. Mahathir seorang Winnable candidate berbanding nama-nama lain kerana popularitinya dan Mahathir sukar dijatuhkan oleh orang Umno yang tidak sebulu dengannya. Mahathir juga perlu bersungguh-sungguh untuk menang bagi mengelakkan maruahnya dicalarkan oleh rakyat Permatang Pauh.

4. Mahathir sejak kebelakangan ini dilihat lebih diterima dan disenangi, sama ada oleh rakyat biasa atau kalangan orang Umno yang tidak mendapat tempat dalam kepimpinan Najib. Malah tidak melampau juga untuk mengatakan Mahathir mula diterima dikalangan orang Pakatan Rakyat khususnya PAS dan segelintir ahli PKR.

5. Mahathir memang berasal dari Kedah dan sempadan Permatang Pauh yang bersebelahan dengan Kedah akan memberi kelebihan kepada Umno. Mukhriz sebagai MB  Kedah pastilah akan mengerahkan seluruh jentera kekuatan Kedah untuk berperang dan menawan Permatang Pauh.

6. Mahathir perlu dijaga dan dibelai oleh Umno kerana ada juga bisik-bisik Mahathir sedang dirisik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk dijadikan De Facto Leader, dan kalau benar ini terjadi maka semakin susahlah Najib dan Umno. Maka langkah membelai Mahathir adalah amat perlu.

Apapun yang terjadi, siapa pun yang Umno pertaruhkan, apa juga taktik Umno, Kami di Pakatan Rakyat akan hadapi. kami sudah siap siaga demi membalas kezaliman ke atas Anwar Ibrahim dan keluarga Pakatan Rakyat.

Lawan Tatap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah! Biar Jasad Dipenjara tetapi Roh Perjuangan Sama Sekali Takkan Mati!

Kami berjanji, Permatang Pauh akan menjadi nisan kubur diktator Mahathir!      

Monday, February 9, 2015

GULING PRESIDEN: INI MASALAH RUMAHTANGGA PAS & POLITIK CARI MAKAN

Surat khabar Umno beriya-iya mengeluarkan berita kononnya terdapat dalang untuk menggulingkan Presiden PAS Dato Seri Hj Hadi Awang. Utusan Malaysia selama beberapa hari ini memainkan berita tersebut.

Niat jahat berita pro Umno ini seolah-olah mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS kini umpama retak menanti belah. Media Umno ini ternyata telah memutarbelitkan suasana perkumpulan yang berkumpul di depan Pejabat PAS tempoh hari untuk menunjukkan PAS yang dipimpin Tuan Guru Hj Hadi kini berantakan akibat berebut kuasa. Malah media Umno ini telah menuduh beberapa pemimpin PAS sebagai dalang menjatuhkan Presiden. Ternyata laporan ini berniat jahat.

Untuk makluman, memang berlaku dimana beberapa orang ahli PAS yang berkumpul dihadapan Pejabat PAS untuk menyatakan sokongan kepada Presiden dan memeberi kekuatan kepada pemimpin tertinggi PAS menerajui serta mengepalai PAS dalam Pakatan Rakyat. Mereka juga adalah kumpulan yang sangat menyokong kerajaan perpaduan dengan UMNO.


Dalam PAS, rata-rata ahlinya mengetahui Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Saudara Fadhli Ibrahim adalah seorang yang oppurtunis dan telah menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kepada presiden bahawa beliau melakukan tugas dan setia. Sebaliknya, ramai orang di Kuantan langsung tidak mengenali Saudara Fadhil kerana beliau jarang berada di kawasan kerana sibuk dengan perniagaannya di Terengganu. 


Tetapi tiba-tiba beliau tampil kononnya sebagai wira untuk menyelamatkan Tuan Guru Presiden. beliau juga bertindak secara melulu dan mengumpulkan ahli PAS yang tidak tahu hujung pangkal.

Adakah ahli PAS begitu bodoh untuk menilai kepimpinan PAS? adakah ahli PAS akan menyokong pemimpin yang cuba mengadu domba?

Unit Amal mengjangkakan episod ini akan berpanjangan sekiranya jawatankuasa parti tidak mengambil langkah segera menghentikan politik cari makan seperti ini. Jawatankuasa PAS perlu mengambil tindakan tegas keatas mereka yang terlibat menimbulkan huru-hara dalam PAS.

Kalau pun berlaku perselisihan pendapat dikalangan pemimpin, anggaplah ini sebagai lumrah rumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit. Selesailah secara baik dan musyawarah.

Sunday, February 8, 2015

50RIBU DI KEMAMAN: BUKTI PAKATAN RAKYAT MASIH RELEVAN #RAKYATHAKIMNEGARA

Hampir 50,000 orang rakyat turun semasa Himpunan Rakyat Hakim Negara di Kemaman pada 3 Feb 2015 amatlah di luar jangkaan.

Dikala media Umno melaporkan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan dan hambar, ternyata mereka telah melakukan pembohongan semata0mata kerana takut akan kelibat rakyat yang senantiasa mendokong perjuangan kebenaran.

Media Umno hanya mengambil gambar ketika padang masih kosong tetapi mereka tidak pula menyatakan angka sebenar kehadiran rakyat.

Unit Amal yang hadir pada malam tersebut juga sangat terkejut kerana apa yang terjadi adalah disebalik apa yang diceritakan di media Umno.


Walaupun hujan pada malam tersebut, tetapi ia langsung tidak menghalang himpunan rakyat tersebut yang senantiasa menyokong kepimpinan Dato Seri Anwar. Malah pada malam tersebut juga ramai kalangan pemimpin utama Pakatan Rakyat turun untuk bersama-sama anwar ibrahim, tidak ketinggalan pelbagai lapisan pemimpin PAS tempatan.

Unit Amal menjangkakan himpunan Grand Finale di Putrajaya pada 10 Feb nanti bakal menyaksikan tidak kurang 250,000 rakyat akan turun dan menakluki Putrajaya sekaligus menghambat keegoan kerajaan Umno?BN yang menggunakan sistem kehakiman untuk memenjarakan suara dan susuk tubuh seorang pemimpin rakyat seperti Anwar Ibrahim.


Ayuh wahai rakyat sekalian walau di pelosok mana sekalipun, TURUN ke Putrjaya pada 10 Feb 2015 untuk menyatakan solidariti terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Sokongan anda akan memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat untuk menghancurkan kezaliman Umno/BN.

Kepada sesiapa yang berminat dan memerlukan sebarang bantuan sila hubungi nombor berikut:

+6013-368 8606/ +6017-688 1865/ +601133585025/ +60172216673

Apapun keputusannya, Rakyat Adalah Hakim Negara, bersedialah apabila rakyat menjalankan penghakiman!