Sunday, September 7, 2014

PASMA: ADA MOTIF JAHAT?

Kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di kalangan wakil rakyat dan ahli PAS nampaknya seperti 'ada udang disebalik batu'. Kewujudannya yang muncul di sebalik kemelut dalaman antara PAS dengan Pakatan Rakyat nampaknya seperti mahu menangguk di air keroh demi mencapai matlamat tertentu oleh pemimpin tertentu sama ada dalam PAS sendiri atau dalam Pakatan Rakyat. 

Unit Amal merasakan penubuhan Pasma ini adalah tidak wajar sama sekali dan bukanlah pada waktu yang sesuai. Jika di tanya dari lubok hati Unit Amal, Unit amal merasakan tindakan mewujudkan satu entiti lain di kala berlaku perselisihan pandangan adalah tindakan yang mengugut dan bacul dari kalangan pemimpin.

Tidak dapat dinafikan lagi, retak yang sudah terbelah ini tidak lagi dapat diperbaiki. Tatkala para pemimpin khususnya ulama' PAS mengambil jalan untuk menegakkan yang hak, ada kalangan pemimpin PAS sendiri yang seolah - olah terlupa kepada prinsip perjuangan parti yang berlandaskan Islam ini. Mereka seolah - olah lebih mendengar cakap orang luar dalam menentukan hala tuju perjuangan PAS.

Dalam satu sudut yang berbeza, Unit Amal amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan petunjuk kepada perjuangan PAS. Allah swt telah menunjukkan kepada kepimpinan ulama' bahawa terdapat parasit - parasit yang selama ini merosakkan PAS. Dan krisis MB Selangor ini telah menonjolkan rupa sebenar parasit tersebut.

Kepada seluruh saf kepimpinan PAS yang masih teguh di belakang kepimpinan ulama', Unit Amal harap kita tidak terpedaya dek pujukan wang ringgit dan jawatan kerana kita harus ingat jalan perjuangan kita adalah syurga yang dijanjikan Allah swt.

Kepada pendukung dan pencinta kesejahteraan ummah, marilah bersama - sama kembali dan menegakan yang hak dan menghapuskan kebatilan. Usah terpedaya dengan pujukan duniawi.

Jangan biarkan titik hitam dosa itu bercambah dalam hati mu, masih ada jalan dan ruang untuk kita menegakan agama Allah swt di bumi Malaysia ini. Kepimpinan PAS adalah kepimpinan ulama' dan ulama' adalah waris Rasulullah saw.   

No comments:

Post a Comment