Kemelut pemilihan menteri besar Selangor belum pun menampakkan pengakhirannya. Sehingga hari ini hanya PAS sahaja yang akur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Sharifuddin Shah, yang lain nampaknya seperti mahu bermain dengan api.
Yang jelas nyata sekarang adalah perpecahan dan perbalahan! Seperti tidak lagi mampu mencari persepakatan. PAS semakin diherdik dan dicerca oleh 'sahabat'.
Walau bagaimanapun, Unit Amal menjangkakan keputusan istana adalah melantik menteri besar berdasarkan senarai nama yang di hantar oleh PAS. Ini kerana, hanya PAS yang menjunjung titah Tuanku Sultan. Senarai dari DAP dan PKR mungkin ditongsampahkan.
Unit Amal tertarik untuk mengupas andai kata benar ramalan ini, apakah perkara pertama yang mesti menteri besar PAS lakukan?
Sebagai seorang Muslim yang menjadi rakyat di Selangor, dan sebagai memenuhi janji lama yang tidak terkota lagi ialah menutup terus kilang arak di Shah Alam, Selangor. Jika ini dapat dilakukan, percayalah Allah swt akan memberkati pemerintahan baru dari menteri besar PAS. Jangan takut dengan persoalan duniawi kerana tanggungjawab ini akan mendapat balasan di akhirat kelak.
Menutup kilang arak tersebut adalah WAJIB dan MESTI! Ia juga menjadi fardu kifayah apabila kuasa menteri besar itu menyelamatkan keseluruhan ummah bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh bumi Malaysia.
Inilah antara 'HUTANG' PAS kepada rakyat dan juga tanggungjawab kepada Islam. Percayalah PAS akan mendapat semula sokongan Islam jika ini boleh dilaksanakan. Inilah kebangkitan sebenar Islam.
Jumaat ini akan menetnukan masa depan negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment