Selangor sedang dilanda murka akibat ketamakan kuasa pemimpin PR. Masing masing tidak sedar diri dan mahu berkuasa di Selangor. Unit Amal mengambil pendirian untuk bersama sama dengan YB Azmin Ali mengecam pihak pihak yang cuba jatuhkan Khalid dan menaikkan Wan Azizah sebagai MB yang baru.
Pihak Unit Amal PAS sudah berbincang dengan beberapa orang tokoh ulama pondok PAS dan mereka meramalkan bahawa kemarau di Selangor akan terus berpanjangan jika Khalid dipecat sebagai MB Selangor. Menurut cakap Ustaz Suhaimi dari Pasir Mas "Selangor sekarang sedang berada dalam keadaan bala bencana. Bala itu datang sebab ketamakan kuasa pemimpin PR". Dia berpendapat apa yang berlaku di Kedah terhadap arwah Azizah akan berulang di Selangor.
Ustaz Ayah Man dari Taman Melewar Selangor pula berpandangan bahawa Khalid adalah anugerah Tuhan yang sebenar kepada Selangor bukannya Anwar Ibrahim. Khalid menurutnya adalah orang yang terpilih sebagai MB. Walaupun PAS pada mulanya mahu letakkan Hasan Ali sebagai MB tetapi usaha itu gagal kerana anugerah itu dapat kepada Khalid. Jadi barang sesiapa yang menafikan anugerah itu akan dimurkai.
Unit Amal gesa DAP agar diam dan jangan biadap terhadap PAS. DAP patut fikir macam mana nak jaga Penang daripada jadi "negeri pusat bogel Asia". Unit Amal juga mengecam cara Lim Guan Eng menafikan elaun kepada Unit Amal di Pulau Pinang. Lebih buruk lagi, Guan Eng buat Unit Amal Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Itulah bala yang Penang dapat bila DAP terlalu tamak kuasa.
Berbalik pada negeri Selangor, Unit Amal menggesa semua orang orang PAS dan orang PKR yang masih bersama dengan Azmin dan Khalid untuk bersama sama turun bersolat hajat agar Khalid Ibrahim terus kekal sebagai MB. Ini kerana YB Khalid dan YB Azmin sudah berunding untuk perpaduan bersama di Selangor. Penggal depan, Azmin katanya akan diberi laluan sebagai MB dan Khalid akan bertanding di Parlimen untuk menjadi menteri di Putrajaya.
Bala kalau tukar Khalid sebagai menteri besar. Tidak percaya tunggulah...
No comments:
Post a Comment