Wednesday, August 27, 2014

BANGSA ITU SEMAKIN BODOH!

Ini hanya sekadar pandangan Unit Amal melihat kepada situasi semasa dalam negara. Unit amal sebenarnya tidak berminat untuk memaparkan sebarang berita lucah. Unit Amal hanya mahu mengupas dari sudut moral dan tatasusila kemanusiaan.

Jika kita lihat 'kebodohan' bangsa itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sebelum ini bangsa ini dikategorikan sebagai bangsa kelas atasan atau bangsa yang dihormati kerana kepakarannya dalam menguasai ekonomi di Malaysia mahupun di dunia.

Unit Amal merasakan bangsa ini mengalami sindrom 'kebodohan' yang amat meruncing. Moral mereka semakin merudum dan yang lebih malang lagi sindrom bodoh ini menjangkiti belia mereka yang berumur lingkungan 30an dan 40an. Kalau kita lihat bangsa lain, sindrom bodoh ini lebih menjangkiti belia di bangku sekolah.

Tuesday, August 26, 2014

N1 PENGKALAN KUBOR : MAT SABU BAKAL CALON PAS?

PAS mempunyai agenda besar dan sangat penting di N1 Pengkalan Kubor. PAS akan berusaha habis-habisan untuk menawan kembali N1 Pengkalan Kubor yang menjadi kubu kuat UMNO sejak 3 penggal yang lepas. Misi menawan Pengkalan Kubor bukanlah sesuatu yang mudah bagi PAS walaupun Dun tersebut terletak dalam negeri Kelantan yang sememangnya negeri PAS.

PAS mempunyai banyak sebab untuk memenangi semula Dun N1 Pengkalan Kubor. Maka faktor calon sangat mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh pengundi. PAS mesti mengetengahkan calon 'boleh menang' yang benar-benar boleh menawan hati rakyat di Pengkalan Kubor.

PKR bakal menyerahkan semula kerusi Dun Pengkalan Kubor kepada PAS sebagai menghargai sokongan PAS di Selangor. Oleh itu PAS perlu mengerahkan segala kekuatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk memastikan kemenangan di Pengkalan Kubor.

Monday, August 25, 2014

KES BULI : KEMENTERIAN & GURU LEPAS TANGAN!

Apalah nak jadi dengan sistem pendidikan negara ini? Orang kementerian dan guru seolah - olah langsung tidak ambil peduli. Wahai guru, kalau pemalas dan tak nak bertanggungjawab tolong berhenti jadi cikgu! Seorang guru berhenti, 10,000 orang menanti untuk ambil alih tugas anda. Cikgu oh cikgu, jangan hairan kalau anak murid tak mahu dengar kata kerana cikgu juga keras kepala dan tidak boleh ditegur!

Kes buli terbaru dilaporkan di sekolah berasrama Muadzam Shah, Pahang. 14 orang pelajar senior membelasah seorang budak tingkatan 3. Nasib baik tak mati tapi ia menggambarkan seolah - olah guru semua lepas tangan. Kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah. Apa guru buat? Mengumpat dalam FB? Mesyuarat direct selling? Jual tupperware dan kain batik? Akhirnya nanti guru mengadu tak cukup masa rehat. Pernah tak kita dengar guru berbicara dalam bilik guru tentang permasalahan pelajar, pernah tak kita dengar guru bincang bagaimana boleh bantu tingkatkan displin pelajar? Kalau adapun guru yang dedikasi, guru lain akan kata itu mahu bodek untuk cepat naik pangkat.

Monday, August 11, 2014

TERKINI: KHALID IBRAHIM DAPAT PERKENAN SULTAN

Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor setelah mendapat perkenan Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor. Mesyuarat Dewan di Raja pagi tadi memperkenankan pentadbiran Selangor terus di terajui Khalid.

Khalid dalam sidang medianya menyatakan Duli Yang Maha Mulia sultan memeperkenankan beliau kekal sebagai Menteri Besar sekalipun di pecat dari keahlian PKR.

Khalid menyatakan beliau telah menyatakan bahawa beliau sudah mendapat sokongan majoriti dewan dan barisan exco.

Melalui peruntukan artikel 52B, Undang - undang Tubuh negeri Selangor, Khalid dianggap sebagai Menteri Besar yang masih sah.

Beliau juga memaklumkan beliau akan menemui ahli exco lain bagi mendapatkan sokongan untuk kekal sebagai Menteri besar yang sah di selangor.

Sunday, August 10, 2014

6 SEBAB KHALID IBRAHIM PERLU KEKAL MB SELANGOR

Maklumat ini Unit Amal kongsikan dari kutipan dan cerita - cerita kedai kopi berkaitan isu pemecatan Tan Sri Khalid sebagai ahli PKR dan usaha menyingkirkan beliau dari tampuk pimpinan negeri.

1. Ahli dan penyokong PKR harus berterima kasih terhadap Tan Sri Khalid kerana beliau telah berjaya menyelamatkan premis Ibupejabat PKR dari dilelong oleh pihak bank, yang mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dengan bayaran sewa bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yang mencecah jumlah RM 600,000 setakat JUN 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan tersebut. Maka datang seorang individu (bukan Wan azizah, bukan Azmin Ali, bukan Nurul Izzah malah bukan Anwar Ibrahim) telah memberi SUMBANGAN PERIBADI dan menyelematkan ibu pejabat PKR dari dilelong pada harga RM 4.6 juta. Individu itu adalah KHALID IBRAHIM!

Thursday, August 7, 2014

MB SELANGOR ; PAS TUNDA MESYUARAT KEPADA 17 OGOS

Pas sekali lagi terpaksa menangguhkan mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkaitan Menteri Besar Selangor. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Mesyuarat sepatutnya diadakan pada 10 Ogos kemudian ditunda kepada 13 Ogos dan terkini pada 17 Ogos.

Datuk Mustafa Ali memaklumkan mesyuarat terpaksa ditunda kerana beberapa orang pemimpin tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut. Beliau memaklumkan mesyuarat penting ini perlu dihadiri oleh setiap pemimpin PAS kerana ia melibatkan masa depan dan hala tuju PAS di Selangor khususnya.

Daripada dengar - dengar cakap dikalangan anggota, mereka memberitahu antara isi perbincangan nanti ialah perancangan PAS jika terpaksa mengambil alih posisi Menteri Besar jika nama Wan Azizah tidak diperkenankan Istana.

AMARAN KERAS: HENTIKAN KECAMAN KEATAS TUAN GURU PRESIDEN!

Unit Amal berasa terpanggil untuk mengulas tindakan segelintir komentar yang sejak kebelakangan ini menyanggah Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang. Malah lebih mendukacitakan kalangan komentar ini datang dari penyokong Pakatan Rakyat.

Unit Amal dengan ini memberi amaran keras agar menghentikan segera kenyataan - kenyataan yang memperlekehkan PAS dan kepimpinannya.

Tuesday, August 5, 2014

ITU HAK ASASI MEREKA, BIARLAH MEREKA BERBOGEL


Yang berbogel tu semuanya bukan Islam. Apa kau kisah? Itu hak asasi mereka untuk berbogel. Mengapa kalau berbogel di Penang baru nak jadi isu? Yang selama ini berbogel di negeri negeri AMENO tak pula korang hentam orang yang berbogel tu? 

Anwar dah kata boleh buat perkara ini secara privasi dan tertutup tanpa mempengaruhi orang ramai. Yang dibuat oleh mereka yang berbogel itu adalah secara tertutup dan privasi. Mereka berusaha membayar tambang bot sendiri dan tracking untuk sampai ke pantai tersebut. Mereka guna duit sendiri bukan duit rakyat. Yang blogger AMENO bangang hentam mereka kenapa?

KEMARAU BERPANJANGAN JIKA PECAT KHALID SEBAGAI MB



Selangor sedang dilanda murka akibat ketamakan kuasa pemimpin PR. Masing masing tidak sedar diri dan mahu berkuasa di Selangor. Unit Amal mengambil pendirian untuk bersama sama dengan YB Azmin Ali mengecam pihak pihak yang cuba jatuhkan Khalid dan menaikkan Wan Azizah sebagai MB yang baru. 

Pihak Unit Amal PAS sudah berbincang dengan beberapa orang tokoh ulama pondok PAS dan mereka meramalkan bahawa kemarau di Selangor akan terus berpanjangan jika Khalid dipecat sebagai MB Selangor. Menurut cakap Ustaz Suhaimi dari Pasir Mas "Selangor sekarang sedang berada dalam keadaan bala bencana. Bala itu datang sebab ketamakan kuasa pemimpin PR". Dia berpendapat apa yang berlaku di Kedah terhadap arwah Azizah akan berulang di Selangor.

Monday, August 4, 2014

UNIT AMAL SIAP SIAGA HADAPI PRK N46 PELABUHAN KLANG

Desas-desus dan angin yang semakin kencang bahawa Menteri Besar Selangor merangkap ADUN N46 Pelabuhan Klang akan disingkir semakin menjadi kenyataan.

Dalam perkembangan terbaru, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Abdullah yang mendedahkan Tan Sri Khalid terlibat secara langsung dalam urusniaga meragukan susulan penyelesaian hutang antara beliau dan Bank Islam pada Februari 2014. 

Ia dakwanya, termasuk jualan tanah oleh Tropicana Corp Berhad kepada sebuah syarikat, Eco World Berhad pada 19 Mac 2014, selepas ia dibeli dari kerajaan negeri pada April 2013.

“Dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian itu, kita dapati terdapat beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta ringgit yang beri keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama,” ujarnya.

Jelas dan nyata hari ini intergriti Tan Sri Khalid dalam mengurus tadbir negeri Selangor boleh dipertikaikan. 

Menurut seorang sahabat ahli PKR juga, kepimpinan tertinggi PKR juga sedang menimbangkan untuk memecat keahlian Khalid sebagai ahli PKR jika beliau tidak mahu berundur secara terhormat.

Berdasarkan situasi semasa ini, terdapat juga kemungkinan besar Tan Sri Khalid juga akan dipaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri N46 Pelabuhan Klang.

Tindakan mengarahkan Tan Sri Khalid mengosongkan kerusi tersebut adalah sebagai bukti kepada rakyat bahawa PKR dan Pakatan Rakyat amat serius dalam menjalankan urus tadbir yang bersih dan telus. Tiada pemimpin PR yang mempunyai immuniti dan kekebalan.

Unit Amal dapat mengesahkan bahawa terdapat kebenaran berita bakal berlaku PRK Pelabuhan Klang kerana semalam Unit Amal telah diminta untuk menyelaraskan dan mengemaskini  senarai nama anggota Unit Amal di sekitar Selangor. Mungkin inilah petunjuk dan petanda terbaik bahawa Pelabuhan Klang bakal menyaksikan Pilihanraya Kecil ke 7 pasca PRU13.

Keseluruhan anggota Unit Amal berada dalam kesiapsiagaan penuh bagi membantu kejayaan Pakatan Rakyat dalam sebarang pilihanraya.       

Sunday, August 3, 2014

SUKAN KOMANWEL : KHAIRY JAMALUDDIN GAGAL LAGI

Sukan Komanwel sudah pun melabuhkan tirainya, sekalung tahniah kepada para atlet yang bertungkus lumus menggalas cabaran negara di Glasgow, Scotland.

Kontinjen Malaysia hanya mampu membawa 6 pingat emas, 7 pingat perak dan 6 gangsa. Pencapaian yang GAGAL malah memalukan. Jauh lebih buruk dari pencapaian 12 pingat emas di New Delhi pada 2010.

Kegagalan misi kontijen negara ini perlu dilihat dari aspek kelemahan Kementerian Belia dan Sukan dalam merencanakan program pembangunan sukan negara.


Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin gagal lagi. Adalah lebih baik menteri ini mengambil tanggungjawab untuk mengundurkan diri dengan segera. 

Memburukkan lagi, Singapura telah memalukan Malaysia apabila kontinjen kerdil itu bejaya meraih 8 pingat emas. Malu memang memalukan. 

Tidak malukah Khairy Jamaluddin kerana masih sanggup lagi menjadi Menteri Belia & Sukan yang gagal?

Salah satu punca kegagalan kontinjen negara adalah arahan Khairy Jamaluddin agar atlet negara tidak perlu menjalani latihan pusat seperti persediaan lazimnya. Malah Khairy Jamaluddin dengan angkuhnya menolak pandangan pegawai sukan yang berpengalaman untuk mengarahkan semua atlet Sukan Komanwel 2014 berkumpul dan menjalani latihan pusat seliaan Majlis Sukan Negara.

Inilah akibat dari sikap bodoh sombong Khairy Jamaluddin yang akhirnya membinasakan sukan negara. Menurut orang lama sukan, latihan pusat amat penting bagi meningkatkan prestasi para atlet dan meniup semangat berpasukan serta menaikkan motivasi atlet.

Khairy Jamaluddin harus diingati sebagai menteri paling gagal dan tidak patut diberi peluang kali kedua. Sangat sesuai untuk mengingati bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri paling gagal. "Bapa mertua borek, anak menantu rintik" 



      


Untuk Khairy Jamaluddin, pilihan jawapan 'A' adalah yang paling tepat untuk beliau. 

MB SELANGOR : WAN AZIZAH HANYA AKAN MENGUATKAN UMNO

Secara jujur, kemelut kerusi panas Menteri Besar Selangor amat menjejaskan reputasi Pakatan Rakyat di mata rakyat, bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh Malaysia.

Isu ini seolah - olah memberikan pedang kepada UMNO untuk memancung kita di Selangor.

Unit Amal juga tidak lah mahu merendahkan keupayaan Kak Wan mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, tetapi keputusan bersendirian PKR dalam isu ini telah menjadi bahan bualan hangat rakyat.

Unit Amal hanya mahu menyampaikan kepada pucuk pimpinan PR agar menyedari bahawa isu ini mendapat respon negatif di kalangan rakyat bawahan yang telah menumpahkan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Hasil ziarah Syawal Unit Amal dan borak - borak kosong di pagi raya, Unit Amal dapat simpulkan beberapa analisa mudah rakyat terhadap isu ini.

1. Rakyat Selangor berasa tersinggung kerana PKR ingin melantik Menteri Besar yang bukan anak jati Selangor.

2. Tindakan bersendirian PKR dalam isu ini hanyalah 'permainan politik dalaman' PKR.

3. Kak Wan akan sentiasa dibayangi Dato Seri Anwar Ibrahim walaupun nanti keputusan yang diambil tidak melibatkan pemimpin de Facto PKR tersebut.

4. Segala keputusan Kak Wan nanti akan menjadi bahan propaganda jahat UMNO untuk meruntuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat Selangor.

5. Kak Wan akan menjadi sasaran utama UMNO di dalam sidang Dewan Undangan Negeri nanti.

6. Rakyat melihat penurunan majoriti PRK Kajang yang lalu sebagai protes dalam diam oleh pengundi Melayu (rata-rata adalah penyokong PAS). Jika pengundi Kajang pun memprotes Kak Wan apakah seluruh negeri Selangor dapat menerima Kak Wan dengan baik?

7. Kak Wan adalah 'mangsa' percaturan politik antara Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

8. Mungkin akan berlaku sabotaj politik terhadap kepimpinan Kak Wan dari kalangan penyokong tegar kedua - dua pihak yang bertelagah.

9. Kemelut isu ini telah mengecewakan dan melunturkan jentera bawahan yang bertungkus - lumus untuk Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang lepas.

Inilah serba sedikit rumusan yang dapat Unit Amal kongsikan untuk di ambil iktibar oleh pucuk pimpinan PR dalam usaha mempertahankan Selangor menjelang PRU 14 nanti.

Jika benar Menteri Besar Selangor perlu di tukar, maka kami rakyat akar umbi memohon agar pemilihan ini dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan hemah serta menghormati prinsip tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Jika benar sekali pun Kak Wan akan ditabalkan sebagai Menteri Besar Wanita yang pertama di Malaysia, ia hanya akan memberikan 'pedang' kepada UMNO untuk memancung PR di Selangor.

Unit Amal amat berharap pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat meneliti semula isu ini dengan lebih terperinci agar rakyat dan jentera bawahan tidak berasa tertipu dengan kepercayaan yang telah di beri.

Ambillah iktibar dari protes rakyat di Kajang agar ia tidak berulang. Ternyata Langkah Kajang kita telah tersalah langkah.