PRK P076 Teluk Intan telah selesai, keputusannya pun sudah diketahui. Keputusan yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat ini sepatutnya menjadi cermin untuk kita menyusun semula kekuatan kerana agenda yang lebih penting dan maha besar menanti kita iaitu PRU14.
Menawan Putrajaya dan membentuk kepimpinan baru serta memberi harapan baru kepada rakyat adalah agenda utama kita. Oleh itu, segala tenaga dan buah fikiran mestilah ditumpukan sepenuhnya untuk mencapai impian ini.
Malangnya, apabila kita tumbang di gelanggang sendiri, kita mula menuding jari itu ini demi mencari alasan menutup kelemahan dan keaiban kita. Lebih malang lagi kita menuding jari kepada prinsip dan pegangan parti lain dalam pasukan tahaluf siyasi kita. Janganlah menjadi gunting dalam lipatan!
Unit Amal melihat perkembangan dan komen negatif ini adalah budaya tidak sihat yang melanda Pakatan Rakyat hari ini. Kenyataan YB Gobind Singh Deo bahawa punca utama kekalahan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Teluk Intan adalah kerana isu Hudud. Adalah sesuatu yang menjengkelkan kenyataan bahawa Hudud punca tewas di Teluk Intan datangnya dari seorang ahli politik yang di hormati seperti YB Gobind Singh.
YB Gobind sepatutnya sensitif terhadap isu Hudud ini dan kenyataan beliau bukan sahaja mengguris hati jentera PAS tetapi mengundang padah yang lebih teruk antara DAP dan PAS.
Jentera PAS sudah berkorban tenaga dan masa demi memenangkan DAP dan Dyana Sofya di Teluk Intan. Adakah ini bayaran yang kami terima? Kenyataan ini sangat menghina kami jentera PAS yang bertungkus - lumus di Teluk Intan.
Untuk pengetahuan YB Gobind Singh juga serta ahli DAP yang bersetuju dengan kenyataan beliau, sedarlah sepanjang lebih kurang 2 minggu kempen PRK Teluk Intan. JENTERA HIJAU PAS LEBIH RAMAI DARI JENTERA MERAH DAP!
Unit Amal suka mengingatkan kepada mana - mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat, janganlah menunjukkan kepada kami rakyat bahawa taraf pemikiran anda sama bodoh dengan pemimpin UMNO/BN.
Apa juga yang mahu anda lontarkan, berfikirlah terlebih dahulu.
Janganlah menjadi gunting dalam Pakatan!
No comments:
Post a Comment