Thursday, December 26, 2013

LIM GUAN ENG KETUA GULINGKAN KERAJAAN DI DATARAN MERDEKA

Aku rasa malu bila dengar PAS Terengganu dan PAS Kelantan tak setuju turun dataran. Rasa macam tak meriah kalau tiada PAS dari pantai timur. 

Merekalah yang paling bersemangat dan bersungguh sekali. Sunyi tanpa geng geng budu pada malam kekecohan terbesar itu nanti.



Siapa tahu malam itu boleh bertukar menjadi sejarah baru untuk Malaysia. 

Kerajaan boleh digulingkan dalam sekelip mata di Mesir,Tunisia dan Thailand. Mengapa rakyat kita takut sangat pada kerajaan yang korup?

Punca utama mereka tidak mahu turun bersama di dataran adalah kerana kepimpinan. Ada ke logik ambil budak umur 24 tahun jadi ketua di dataran? Paling tidak ambillah Ambiga ker? 

Mat Sabu ker?
Ini ambil budak hingusan untuk bagi isyarat pada kami. Siapa budak tu? Aku tanya budak budak kat UKM dulu, dioarang pun tak kenal.

Aku yakin kalau diturunkan budak Azan Safar tu sebagai ketua dan dinaikan Lim Guan Eng sebagai ketua, ramai yang nak datang. 

Siapa tak marah kalau poket mereka dirompak oleh kerajaan rasuah. Siapa yang tak nak turun kalau bil letrik mereka dicuri oleh kerajaan korup.

hendak tunggu apa lagi? 31 malam ni turun lah ke dataran

No comments:

Post a Comment