Himpunan TURUN bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak, gula, tol dan barang barang rakyat akan ditukarkan ke Putrajaya. Dataran Merdeka sudah dikepung oleh polis dan tentera dan amat bahaya untuk orang orang PAS dan PKR turun di situ.
Polis dan tentera sengaja menjerat untuk menangkap beramai ramai pengundi pakataan. Jangan minum air dan makan diberikan oleh polis kerana didakwa sudah campurkan dengan virus dan najis.
Setelah dinasihati oleh beberapa pakar strategis dalam PAS, penganjur himpunan bersetuju untuk mengalihkan tempat ke Putrajaya.
Himpunan akan diadakan di hadapan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
1) Masjid Putrajaya - akan diketuai oleh Azan Safar, Pengerusi TURUN yang berarak ke Pejabat PM dan terus melakukan kepungan selepas solat Maghrib. Mahasiswa UM, UKM dan UIA akan membawa khemah dan terus berkubu di luar pejabat Najib sehinggalah Najib umumkan pemansuhan kadar tol dan turunkan harga minyak.
Malam ini Najib dipercayai akan berada di pejabatnya untuk membakar fail fail sulit keborosan dan ketirisan BN daripada diketahui rakyat. Tahan sesiapa sahaja yang cuba bawa keluar fail berwarna kuning dari pejabat Najib.
Solidariti Mahasiswa Malaysia dan Turun akan berkubu di pejabat Najib. Makan dan minum akan dibiayai oleh pejabat Menteri Besar Selangor.
2) Masjid Besi - satu kumpulan lagi diketuai oleh Che Gu dan Jingga 13. Selepas solat Maghrib. Satu taklimat akan diberikan oleh Che Gu Bard di hadapan masjid. Kemudian akan berarak terus ke Seri Perdana untuk melakukan kepungan.
Rosmah dipercayai tidur dan bersembunyi di Seri Perdana malam ini. Rosmah dan balaci Najib akan cuba menimbus dan menyembunyikan semua barang barang mewah yang dibeli oleh Rosmah dalam satu bilik kebal.
Jingga 13 akan berkhemah dan berkumpul di hadapan Seri Perdana sehinggalah Rosmah memulangkan semula cincin, handbag dan kasut kasut mewah yang dibeli dengan duit rakyat kepada kumpulan Jingga13.
Makan dan minuman untuk Seri Perdana akan dibiayai oleh Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Paling penting bawa ic dan duit RM50 sahaja. Kalau ditangkap, peguam dari pakatan akan membela anda di luar tirai besi penjara. Jangan takut. Lawan tetap lawan.
No comments:
Post a Comment