Wednesday, November 20, 2013

BAGI PELUANG GOLONGAN PROFESIONAL JADI CALON PAS

SHAH ALAM: Setiap calon PAS yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya adalah calon untuk menang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ustaz Harun Taib.

Bercakap menjawab soalan di Muktamar Dewan Ulamak kali ke-52 di Dewan MBSA di sini hari ini, beliau berkata, oleh itu tidak menjadi isu sekalipun calon yang terpilih bertanding adalah bukan dari golongan ulamak.

"Kita buat kerja dengan dengan jujur dan ikhlas. Kalau orang rasa kita layak, sudah tentu kita akan ditonjolkan.

"Calon bukan syarat ulamak sahaja, tetapi calon yang masyarakat nak dan untuk menang," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Perwakilan dari Urusan Ulamak Ipoh Barat, Ust Norazli Musa.

Norazli ketika sesi pembentangan Laporan Tahunan Dewan Ulamak pagi ini membangkitkan persoalan berhubung ketidakseimbangan calon pilihan raya daripada golongan ulamak.

Beliau bertanyakan, apakah Lajnah Politik Dewan Ulamak ada menetapkan kuota tertentu untuk calon dari ulamak bertanding pada pilihan raya samaada calon parlimen atau Dun.

Menurut Ustaz Harun lagi, ada juga dikalangan calon itu sudah cantik dari segala segi, tetapi isterinya pula jenis tidak bergaul dengan orang ramai.

"Bila pergi ke muslimat, mereka kata kita tak kan undi calon ini sebab isteri dia jenis tak bergaul dengan orang. Jenis itu pun ada juga," jelasnya.

Mengulas lanjut, Ustaz Harun berkata, walapun dewan ulamak tidak menetapkan kuota tertentu, namun ulamak sering membuat penegasan bahawa calon dari ulamak jangan ditolak mentak-mentah.

"Maknanya jika ada colon dari ulamak, kawasan kena pertahan dan jangan ditolak mentah-mentah," katanya.

No comments:

Post a Comment