Wednesday, May 27, 2015

KENAPA DAP SERANG PRESIDEN PAS?

Gambar sekadar hiasan

Sejak akhir - akhir ini, DAP sangat berperanan 'menembak' Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang. Apakah yang mereka marah sangat dengan Tuan Guru Presiden? Tiada pula dilihat Tuan Guru Presiden menyerang DAP. Jadi apa yang mereka tidak puas hati? Apa agenda mereka?

Terbaru Lima soalan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang mempertikaikan Tuan Guru Presiden. Lim Guan Eng seolah-olah mempunyai agenda menyerang peribadi Tuan Guru Presiden menjelang Muktamar PAS 2015 nanti. Lim Guan Eng mahu jatuhkan kredibiliti Tuan Guru Presiden. Lim Guan Eng mahu mewujudkan persepsi buruk terhadap Presiden. Lim Guan Eng mahu Presiden dikalahkan dalam pemilihan nanti.

Jelas lagi nyata, Lim Guan Eng begitu takut dengan Tuan Guru Presdien, seboleh-bolehnya dia tak mahu deal lagi dengan Tuan Guru Presiden. Lim Guan Eng mahu berurusan dengan Presiden PAS yang boleh di cucuk hidungnya, yang boleh ikut kehendak DAP, yang boleh mengikut telunjuk DAP untuk membatalkan pelaksanaan Hudud.

Itulah yang dimahukan Lim Guan Eng dan DAP. Mereka mahu 'murtad'kan PAS dengan cara membeli pemimpin dengan kuasa dan wang.

Ingatan untuk Lim Guan Eng, pemimpin PAS bukan semuanya macam Abang Mat yang kamu boleh timbus dengan wang dan jawatan.

Lim Guan Eng jangan buat perangai gangster dalam Pakatan. Kamu bayar gangster untuk hidup, tapi kami Unit Amal akan berjihad bermati-matian untuk mempertahankan pemimpin Islam kami dan agama kami. Kami lakukan PERCUMA. Ini sekadar ingatan untuk Lim Guan Eng dan mana-mana pemimpin DAP atau sesiapa yang cuba merosakkan dan menjahanamkan PAS dan Islam.

Berikut adalah soalan bodoh yang ditanya oleh sibodoh.

Lima soalan yang diberikan Guan Eng itu adalah mengapa Abdul Hadi:

1. Memungkiri komitmen Pas kepada Dasar Bersama Pakatan dan jaminan peribadinya kepada pimpinan pakatan?

2. Menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di tengah kemelut skandal RM42 bilion 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?

3. Mahu mewujudkan ‘kerajaan perpaduan’ bersama UMNO?

4. Enggan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini?

5. Mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud, tanpa menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud?

Tuesday, May 26, 2015

TIMBALAN PRESIDEN PAS : ANTARA MOHAMAD SABU & TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini menyaksikan pertembungan sengit di antara penyandangnya Hj Mohamad Sabu dengan pencabarnya Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tatkala jawatan Presiden hampir pasti dikekalkan oleh Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, jawatan Timbalan akan memberi gambaran sebenar hala tuju PAS menjelang PRU 14 nanti.

Pemilihan kali ini sangat penting kerana ia akan mempastikan hala tuju politik PAS. Ramai penganalisa berpendapat, jika Mat Sabu tumbang maka hala tuju PAS akan berubah terus dengan penetapan perlembagaan Islam yang lebih jelas dan konsisten. Gandingan Hj Hadi - Tuan Ibrahim jelas memperlihatkan kecenderungan menegakkan perlembagaan Islam tanpa mengambil kira 'hati dan perasaan' pasangan mereka dalam Pakatan Rakyat.


Untuk lebih adil, mari kita analisa sedikit SWOT kedua-dua calon Timbalan Presiden PAS kali ini.

Mat Sabu;

Mat Sabu dilihat lebih liberal dan terbuka dalam hubungan dengan PKR dan DAP. Seperti sedia maklum, Mat Sabu merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Lembaga Air Pulau Pinang. Ini jelas membuktikan hubungan akrab Mat Sabu dengan DAP khasnya. Mat Sabu boleh menjadi 'jambatan penghubung' dalam keretakan PAS dengan DAP.

Mat Sabu juga seorang yang berkemampuan untuk menyediakan dana bagi menganjurkan program sama ada untuk PAS atau demonstrasi. Hubungan baik dengan DAP-PKR pastilah memberi advantage kewangan kepada MAt Sabu.

Dari sudut pidato, Mat Sabu juga lebih pandai bercakap berbanding lawannya Tuan Ibrahim. Inilah senjata ampuh Mat Sabu untuk berdepan dengan perwakilan nanti.

Mat Sabu lebih disenangi oleh orang bukan Islam dan ternyata Mat Sabu selalu mendapat tempat di hati orang bukan Islam sewaktu berceramah.

Tuan Ibrahim,

Walaupun bergelar ulama' tetapi Tuan Ibrahim tidak boleh berbahasa Arab malah lemah juga penguasaan Bahasa Inggeris. kelemahan utama ini mencacatkan kredibiliti Tuan Ibrahim. PAS memerlukan seorang Timbalan yang boleh menjalin hubungan dengan dunia Arab dan orang bikan Islam.

Tuan Ibrahim adalah seorang bekas wakil rakyat yang gagal. Beliau kekal bertanding di negeri Pahang, tetapi telah ditolak pengundi kerana gagal menjalankan tugas dengan baik. Jika beliau menang, kebarangkalian kelembapan ini akan berulang.

Sudah pastinya, Tuan Ibrahim tidak mempunyai wang dan tiada hubungan baik denga funder seperti Mat Sabu. Ini pastilah menyukarkan kerana PRU 14 nanti kewangan dan dana adalah sangat penting untuk PAS melancarkan gerakan.

Tuan Ibrahim dilihat pro Hj Hadi, maka sudah tentulah nanti sebarang keputusan Hj Hadi sebagai Presiden dan tidak mendatangkan political mileage kepada PAS akan turut dipersetujui oleh beliau. Tiada check and balance. Tuan Ibrahim hanya pak angguk Hj Hadi.

Tuan Ibrahim hanya mengharapkan sokongan daripada kelompok pro Hj Hadi, maka PAS akan kembali menjadi parti yang terkongkong dan jumud.

Jika Tuan Ibrahim dipilih nanti, boleh lah disimpulkan hubungan PAS dalam Pakatan akan berakhir kerana tiada lagi wakil yang dapat mengembalikan keyakinan PKR-DAP terhadap PAS seperti mereka percaya kepada kebolehan Mat Sabu.

PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT SESI 2015 -2017


PENGERUSI TETAP

1. HUSSIN ISMAIL; HJ


TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. KAMAL ASHAARI; USTAZ


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. ABDUL SYUKUR AZIZ ; HJ
2. MOHD NAJIB AHMAD


PRESIDEN

1. ABDUL HADI AWANG; TUAN GURU DATO’ SERI
2. AHMAD AWANG ; USTAZ


TIMBALAN PRESIDEN

1. MOHAMAD SABU; HAJI
2. TUAN IBRAHIM TUAN MAN ; DATO’


NAIB PRESIDEN

1. HUSAM MUSA; YB. DATO'
2. SALAHUDDIN AYUB; HJ
3. IDRIS AHMAD; YB. USTAZ
4. ISKANDAR ABDUL SAMAD; YB. DATO’
5. MAHFUZ OMAR ; YB. DATO’
6. MOHD AMAR ABDULLAH ; YB. DATO’


AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

1. ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS
2. ABD GHANI SAMSUDIN; USTAZ
3. ABDUL WAHID ENDUT; YB.
4. ABDULLAH HUSSIN; YB. DATO’
5. ABU BAKAR MOHAMED; DR.
6. AIMAN ATHIRAH ALJUNDI ( RAJ MUNNI SABU )
7. ALI AKBAR GULASAN; DR
8. AMINOLHUDA HASSAN; YB.
9. AMIRUDDIN HAMZAH; YB. DATO’
10. APANDI MOHAMAD
11. AZMAN IBRAHIM; DR.
12. AZMAN SHAFAWI
13. DZULKEFLY AHMAD; DR.
14. FADHLI HASAN; YB. DATO DR.
15. FAKRUDIN FAKRURAZI; DR.
16. HALIMAH ALI; YB. DR
17. HANIPA MAIDIN; YB.
18. HATTA MD RAMLI; YB. DR.
19. KAMARUZZAMAN MUHAMMAD; HJ
20. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI; YB. DATO’ DR
21. KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
22. KHALID SAMAD; YB.
23. LAHIRUL LAGITU
24. MAHFODZ MOHAMAD; DATO’ DR
25. MARZUK SHAARY; YB.
26. MAZLAN ALIMAN
27. MISBAHUL MUNIR MASDUKI
28. MOHD ARIF FIAZOUL
29. MOHD NIZAR JAMALUDDIN; YB. DATO’ SERI IR.
30. MOHD NOOR MOHAMAD
31. MOHD ZUHDI MARZUKI; DR.
32. MOKHTAR SENIK; USTAZ
33. MOKHTAR SUHAILI
34. MUHAIMIN SULAM; DR.
35. MUHAMAD SANUSI MD NOR
36. MUJAHID YUSOF RAWA; YB. DATO’ DR.
37. MUMTAZ MD NAWI; YB.
38. NAJMI AHMAD ; BRIG. GEN (B) DATO’
39. NASRUDDIN DAUD; YB. DATO
40. NASRUDDIN HASSAN TANTAWI; YB.
41. NIK ZAWAWI SALLEH ; USTAZ
42. NOR AZLI MUSA
43. NORMALA SUDIRMAN
44. NURIDAH SALLEH
45. RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAAKOB; DR
46. RAZMAN ZAKARIA; HAJI
47. RIDHUAN MOHD NOOR ; DR
48. ROSNI ADAM; DR
49. SITI MARIAH MAHMUD; YB. DR.
50. SOLEHIN MUHYI ; YB.
51. TAUFEK ABD GHANI; HAJI
52. WAN AZHAR WAN AHMAD; USTAZ
53. ZAHARUDDIN MOHAMAD
54. ZULKIFLI ISMAIL; USTAZ
55. ZULKIFLI MOHD OMAR

KENYATAAN MEDIA: MALAYSIA DIGESA HANTAR PASUKAN PENGAMAN KE MYANMAR

1. Nasib sedang menimpa ke atas umat Islam Rohingya ketika ini adalah satu bentuk pembersihan etnik secara tersusun, termasuk didalangi oleh pihak-pihak yang mempunyai keupayaan dan kuasa. Tindakan pengusiran, penganiayaan dan kezaliman serta pembunuhan adalah tekanan untuk menghapuskan umat Islam dari satu-satu penempatan atau wilayah.

2. Perkara ini mengulangi tragedi buruk pernah ditimpakan ke atas umat Islam di Bosnia Herzegovina pada tahun 1992 yang menghadapi kerakusan etnik Serbia. Begitu juga umat Islam di Palestin berdepan pencerobohan dan peperangan dari Zionis Israel sejak tahun 1948 tanpa ada pembelaan sewajarnya khususnya dari badan dunia.

3. Umat Islam di Rohingya bukan sahaja berdepan kegilaan puak Rakhine untuk bermandi darah, malah kecurangan Kerajaan Myanmar serta ketidakpedulian pihak tentera menyaksikan atau menghalang tindakan kezaliman dari berlaku. Sehingga ke saat ini, tidak ada badan dunia yang bersuara menyaksikan mala petaka dahsyat ke atas kemanusiaan ini.

4. Malah, media Barat pula bersikap adu domba apabila memainkan isu ‘Human Traficking’ sebagai alasan dan desakan ke atas negara umat Islam Asean iaitu Malaysia dan Indonesia untuk menerima pelarian-pelarian Rohingya. Sedangkan negara Asean lain dibela kononnya tidak berupaya menerima pelarian tersebut khususnya Thailand.

5. Malangnya, Malaysia yang merupakan Pengerusi Negara Asean juga tidak mengambil langkah proaktif untuk bersuara, apatah lagi untuk menyatakan tindakan konkrit penyelesaian. Malaysia mesti segera menggerakkan peranan lebih agresif mengetuai semua negara Asean untuk menyelamatkan umat Islam Rohingya atas tanggung jawab kemanusiaan.

6. Malaysia selaku anggota tidak tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan anggota Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) juga perlu mendesak masyarakat antarabangsa khusunya badan-badan dunia tersebut untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Myanmar supaya memberikan hak kepada umat Islam Rohingya dan menghentikan serta merta pencabulan hak ke atas mereka.

7. Jika sekiranya Malaysia boleh menghantar kekuatan ketenteraannya berkhidmat sebagai pasukan pengaman di bawah PBB ke Somalia, Lubnan, Bosnia dan lain-lain negara yang jauh, sewajarnya atas maruah dan nyawa umat Islam, Malaysia perlu menawarkan diri ke Myanmar.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
8 Syaaban 1436 / 26 Mei 2015

Monday, May 18, 2015

MUKTAMAR PAS 2015 : WANG BAKAL 'MENIMBUS' ULAMA'

Menjelang Muktamar PAS ke 61 pada 4 hingga 5 Jun ini, sudah tiga nama sah dan layak bertanding bagi  merebut jawatan Presiden PAS. 

Pemilihan kali ini dijangka sengit berikutan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang bakal ditentang oleh Ustaz Ahmad Awang dan Dato Husam Musa. 

Setiap individu yang bertanding ini akan mencorak dan menentukan masa depan PAS. Masa depan PAS dalam PRU 14 nanti, masa depan dalam hubungan retak dengan PKR-DAP, hubungan PAS dengan masyarakat pengundi.

Tentulah tugas berat bagi wakil yang memilih nanti.

Manakala, tag team kepada Presiden pastilah Timbalan Presiden PAS. PAS amat mengharapkan kombinasi dua orang pemimpin ini untuk menentukan hala tuju yang lebih cerah.

Ketika ini, kombinasi ini nampak semakin celaru dan bercanggah. Maka wujudlah kem Presiden yang lebih pro ulama manakala kem Timbalan Presiden yang lebih terbuka dan liberal dalam konteks hubungan politik dengan parti sekutu.

Maka 4 hingga 6 Jun ini memberi peluang kepada para ahli PAS untuk memilih semula kepimpinan PAS dari jawatan Presiden hinggalah AJK PAS Pusat.

Secara amnya, gerakan bawah tanah oleh golongan yang pro liberal nampaknya mempunyai susun atur yang lebih strategik dan berkesan ke akar umbi. Manakala kem pro ulama pula sekadar mengekalkan kaedah lama dengan pendekatan berlemah lembut mengikut saranan Islam.

Ada juga desas - desus bahawa ahli PAS keseluruhannya mahukan perubahan besar dalam PAS. Ahli PAS mahukan PAS yang mempunyai dana yang mencukupi untuk gerak kerja menjelang PRU 14. Maka calon - calon yang mampu menyediakan dana atau calon - calon yang pandai mendapatkan dana untuk PAS akan mempunyai sokongan yang kuat.

Jika trend ini mempunyai asas, pastilah kumpulan ulama akan tersingkir terus dari senarai pilihan hati perwakilan nanti.

Tidak mustahil calon - calon yang berkaliber mendapatkan dana seperti Husam Musa dan Mohammad Sabu akan diberi tempat utama untuk membawa PAS kearah yang lebih cerah.

Jika gandingan Husam- Mat Sabu menang maka pastilah Pakatan Rakyat akan bertaut mesra semula dengan PKR-DAP, maka PRU 14 akan menjanjikan peluang yang lebih cerah untuk melihat Umno BN tumbang tersungkur. 

Sunday, May 17, 2015

MAHATHIR PATUT DEBAT DENGAN ANWAR

Ada ura-ura kami dengar Mahathir mengajak Najib untu berdebat tentang isu-isu yang dibangkitkan. Memang sesuailah, siapa lagi mahu membuka pekung keburukan ahli UMNO kalau bukan ahlinya sendiri. 

Apa yang menariknya, Mahathir sepanjang kariernya yang panjang selama hampir 23 tahun tidak pernah berani untuk berdebat dengan sesiapa, tetapi kali ini entah mana datang keberaniannya untuk berdebat dengan Najib? Mungkin Mahathir sudah semakin terdesak? Terdesak untuk apa? Itu kurang kepastiannya. Ada yang kata Mahathir sebelum saat memejamkan mata mahu melihat anaknya Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.


Lebih baik Mahathir menunjukkan kehebatan dan kejantanannya dengan berdebat dengan Anwar Ibrahim. Umum mengetahui, lawan Mahathir hanyalah Anwar Ibrahim. 

Permintaan Mahathir ini (untuk berdebat dengan Najib) nampaknya hanya akan terus memecah belahkan UMNO. Kami di pihak PAS sangat mengalu-alukan ini berlaku menjadi realiti.

Unit Amal tertanya-tanya, benarkah keikhlasan Mahathir mahu menyelamatkan Malaysia? Kalau di ukur dari tempoh pemerintahan, Mahathir pastilah lebih banyak melakukan dosa kepada negara berbanding Najib.

Di zaman Mahathir, sesiapa yang menegur sama ada pembangkang, atau bekas pemimpin Umno sendiri mahu pun mantan Perdana Menteri seperti Tunku Abdul Rahman tidak pernah dihiraukan oleh Mahathir dan rejimnya. Malah Mahathir menggunakan pelbagai kaedah 'ghaib' untuk memastikan 'musuh'nya disenyapkan.

Hingga hari ini, hanya Anwarlah satu-satunya yang masih liat untuk 'dihapuskan' oleh Mahathir. Mahathir sepatutnya boleh tidur lena kerana Anwar masih terkurung di dinding batu Sg Buloh.

Mahathir sepatutnya berdebat dengan Anwar bukan dengan Najib. Rahsia dan kelemahan Mahathir banyak diketahui oleh Anwar, mungkin sebab itu Mahathir sentiasa lari dari 'bertemu' dengan Anwar.

Jika benar sekalipun negara sedang terancam dek kepimpinan Najib, siapa lagi Tok Gurunya kalau bukan Mahathir, selama 23 tahun Mahathir telah membentuk ahli Umno seperti yang boleh dilihat hari ini. Semoga Mahathir terus hidup untuk melihat banyak lagi kerosakkan hasil tangannya selama 23 tahun.

Tuesday, May 12, 2015

KENAPA BIARKAN KIT SIANG PIJAK HUDUD DI BUMI KELANTAN

Semalam kita dikejutkan dengan pernyataan Penasihat DAP YB Lim Kit Siang berkenaan dengan hudud, beliau menyebut berkenaan bahawa beliau tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud atas hujah kononnya negara Islam yang lain tidak laksanakan hudud dalam negara masing-masing

Pernyataan yang dikeluarkan semacam almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak mengetahui hujjah tersebut. Pelik apabila golongan bukan Islam mengajar kepada orang Islam berkenaan dengan agama Islam.!

Perlaksanaan enakmen syariah adalah isu umat Islam, kenapa beliau ingin masuk campur,?  bukankah sebelum ini DAP bersetuju untuk tidak bersetuju tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan mengguris hati umat Islam.

Alasan bahawa beliau tolak hudud tetapi bukan beerti anti Islam merupakan isu yang tidak boleh diterima. bahkan satu hujjah yang amat kelakar. Islam berdiri secara syumul.  Tolak satu beerti tolak semua.

Penulis bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Kota Bharu bahawa sepatutnya YB Lim Kit Siang mengutamakan isu kesepakatan bersama daripada menimbulkan isu yang tidak dipersetujui dan menyebutnya di negeri yang ingin dilaksanakan apa yang beliau tidak bersetuju.

Dalam hal ini, penulis tidak hairan dengan ucapan YB Lim Kit Siang sebab umumnya diketahui kenyataan beliau amat konsisten berkenaan dengan hudud. Cuma yang dikesalkan penulis ialah penganjur yang menjemput beliau.

Apakah penganjur tidak mengetahui bahawa YB Lim Kit Siang akan keluarkan pernyataan tersebut di hadapan seluruh umat Islam. Ataupun memang pihak penganjur bersetuju dengan pernyataan beliau.?

Penulis juga ternanti-nanti rakaman ucapan pencemarah selepas YB Kit Siang berucap. adakah penceramah selepas itu dari kalangan pimpinan PAS. ? kalau dari kalangan pimpinan PAS, Adakah pimpinan tersebut menjawab terus panahan YB Kit Siang tersebut.

Kalau pimpinan PAS hanya diam seribu bahasa dan membiarkan ucapan YB Kit Siang begitu sahaja memang satu perbuatan yang amat tidak patut. di mana letak keizzahan Islam dikala bukan Islam mempertikaikan apa yang hendak dilaksanakan oleh PAS?.

Jangan sampai orang menganggap PAS hanya menjadi boneka DAP