Thursday, December 25, 2014

SUKA TENGOK PORNO: TERIMALAH LAKNAT ALLAH

Sana-sini orang kalut tentang banjir, amat parah juga dugaan Allah kali ini. Harap manusia itu segera kembali. Kembali mencari yang satu bukan hanya melihat cinta pada duniawi.

Tanpa kita sedari, ini semua salah sendiri. Pantai timur paling teruk dibanjiri akibat manusia itu sendiri. Allah mendatangkan dugaannya dalam bentuk senang dan susah. Waktu senang lupa diri, waktu susah sibuk menuding jari. Kata ulamak dimungkiri kerana percaya pada pak menteri.

Kasihan juga Unit amal lihat situasi banjir yang terkini, macam dah takda tempat nak selamatkan diri. Bala Allah tidak memilih siapa, apabila turn kemurkaan Allah maka seluruhnya akan terima akibatnya.

Ramai yang terlupa, baru-baru ini dikeluarkan satu laporan bahawa orang di pantai timur ni suka sangat melayari bahan lucah di internet sekaligus mendorong perilaku amalan sumbang. Banjir kali ini mungkin juga amaran keras Allah swt agar kembali ke jalan yang benar. Biarlah arus deras banjir ini menyucikan pantai timur kali ini. Jangan pula selepas ini kita ulangi silap sendiri itu lagi. Jadikan bencana banjir ini sebagai kafarah Allah atas salah silap kita selama ini.

Rating yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan orang Pantai Timur sangat suka menonton atau mencari cerita lucah di internet maka tepatlah Allah menurunkan azab dan balanya keatas penduduk Pantai Timur pada kali ini. Itu belum kira dosa lain seperti rasuah, zina dan mabuk pil kuda lagi, Allah bayar tunai pada kita agar kita sedar akan kesilapan kita. Terima lah musibah ini dengan penuh sabar kerana ini semua salah kita yang lupa padaNya. 

Sunday, December 14, 2014

KENYATAAN LIM GUAN ENG ADALAH BENAR SAMA SEKALI

Ramai Melayu Islam celup yang naik angin ekoran kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa larangan penggunaan istilah 'ISLAM' ke atas orang bukan Islam adalah TIDAK TERPAKAI.

Ternyata Lim Guan Eng lebih faham Islam dari Melayu Islam UMNO.

Kenyataan beliau adalah sangat tepat dan paling mudah difahami, tetapi seperti biasa kenyataannya digunakan untuk membakar semangat anti agama dan membakar semangat perkauman. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Unit amal melihat, tiada apa pun yang perlu dimarahi ekoran kenyataan Lim Guan Eng tersebut.

Enakmen undang - undang Islam hanya termaktub dibawah sistem kehakiman Syari'e dan hanya terbatas ke atas orang-orang Islam sahaja. Maka, enakmen larangan penggunaan 40 kalimah oleh orang bukan beragama Islam adalah sama sekali tidak terpakai kerana ia diwartakan di bawah enakmen syariah negeri Pulau Pinang.

Jadi, dimana silapnya? Silapnya kerana rakyat tidak memberi kepercayaan kepada PAS untuk membawa undang - undang Islam secara total di Malaysia. Rakyat lebih percaya kepada UMNO untuk mendukung perjuangan Islam. Inilah silapnya.

Jangan menuding jari kepada LGE semata-mata, lihat juga kesalahan kita orang Islam yang tidak mengangkat perjuangan Islam. Jika undang-undang Islam dilaksanakan oleh PAS pastinya masalah ini tidak akan timbul.

Hari ini, orang Islam hanya mampu melawan di mahkamah. Kes ini jika dibawa ke mahkamah sekalipun tidak akan menyebelahi orang Islam, kerana sudah terang lagi bersuluh, undang-undang Islam tidak terpakai keatas orang bukan Islam.

Jadi, sebelum anda mahu melenting tak tentu pasal, adalah baik anda cari faktanya dulu. Tepuk dada tanya iman anda.