Tuesday, April 1, 2014
PESAWAT MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI TAPI TAK TERHEMPAS ?
Kerajaan BN Malaysia masih lagi dalam usaha menyelamat pesawat MH370.Pada 24 Mac ,Datuk Seri Najib Razak telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi .
Memanglah dalam kenyataan Najib itu beliau tidak menyebut perkataan terhempas, sebaliknya menggunakan ayat berakhir di Lautan Hindi. Najib juga menyebut kawasan pesawat MH370 itu dikesan kali terakhir adalah di sebuah kawasan terpencil yang jauh daripada mana-mana landasan.
Bukankah ianya bermaksud terhempas? Rasanya budak sekolah rendah pun faham mengenainya.
Lagi pula selepas pengumuman itu, Najib juga memaklumkan pencarian akan dilakukan di Lautan Hindi di kawasan yang dikenalpasti itu. Kalau bukan terhempas, apa jadahnya pula pencarian dilakukan? Begitu juga tujuan Najib ke Perth Rabu ini, adakah bertujuan meninjau pencarian pesawat yang terhempas atau membeli-belah?
Berikutan desakan waris penumpang MH370 dari China agar kerajaan memohon maaf kerana sehingga ini masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terpaksa membuat kenyataan berdolak-dalik untuk menyelamatkan sepupunya, Datuk Seri Najib Razak.
Hishammudin berkata, tiada keperluan untuk kerajaan memohon maaf kerana dakwanya, kenyataan Najib Razak pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat itu terhempas atau semua penumpangnya terkorban, sebaliknya hanya mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.
Kalau tak terhempas kenapa menagis ya Hishammudin ??
No comments:
Post a Comment