Thursday, March 27, 2014
UPGRADE RADAR CUMA ALASAN UNTUK JOLI BERBILION RINGGIT
Pelbagai usaha dan bantuan untuk mencari MH370 masih lagi diteruskan .Cadangan beberapa Ahli Parlimen di Dewan Rakyat seterusnya mendapat perhatian Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan sistem radar ditambahbaik hanya sebagai alasan untuk berbelanja wang negara sehingga berbilion ringgit.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, insiden melibatkan penerbangan Malaysia Airlines dengan pesawat MH370 itu adalah
disebabkan kegagalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
dan kerajaan untuk bertindak dengan cepat.
"Saya hendak tegur ucapan Menteri Pengangkutan yang sebut soal mahu beli dan 'upgrade' radar. Kenapa hendak upgrade radar itu? Dalam kes MH370 ini dia bukan keperluan yang sesuai kerana radar itu berfungsi. Bila kapalterbang hilang maka radar juga akan hilang. Masalahnya ialah orang yang sepatutnya bertindak tidak bertindak.
"Radar Angkatan Tentera (ATM) juga ada mengesan, kalau tidak bertindak, bila semua maklumat ini timbul dan kamu masih akan mendapat keputusan yang sama. Saya tidak mahu ia digunakan sebagai alasan untuk berbelanja berbilion-bilion lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen hari ini sambil ditemani Ahli Parlimen Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
Jelas Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu kegagalan tersebut sewajarnya dibayar dengan membuat kenyataan maaf secara rasmi kepada rakyat China, penumpang dan krew pesawat MH370 seterusnya membuktikan kesilapan.
"DCA tidak memaklumkan kepada semua pihak, maka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak berada dalam keadaan siap sedia. Jam 1.30 pagi kapalterbang hilang, 5 pagi baru hendak memulakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), sudah 4jam. 7 pagi baru buat sidang media, jam 10 pagi baru mahu jumpa TUDM minta bantu.
"Saya kecewa bila kerajaan melihat ia seolah-olah satu kebanggaan mengenai penglibatan 26 negara. Hakikatnya gagal. Sebab itu satu dunia tolong carikan. Cari di Laut China Selatan, Lautan Andaman, Lautan India, sampai cari separuh daripada mukabumi malah ke Korea," katanya sambil tertawa.
No comments:
Post a Comment