Tuesday, November 19, 2013
JANGAN PILIH ULAR DALAM SEMAK WAKTU MUKTAMAR
Aku tak setuju dgn pandangan puak ulamak nih... kalau hendak majmuk perlu bagi peluang kepada orang orang yang profesional dalam PAS. Ular dalam semak ni dalam diam diam menjadi tali barut parti. Bleh plak berpakat dengan AMENO senyap senyap.
aku sudah hilang percaya pada kumpulan kumpulan serpihan Nasharudin mat isa. puak puak ni jangan bagi muka. muktamar adalah tempat terbaik untuk SENGAT kumpulan ni daripada merajai pas.
jangan la terpengaruh dgn pandangan org tua ni... cukup cukup la tua ooi
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam yang membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada masyarakat majmuk di negara ini tanpa mengira perbezaan warna kulit dan agama.
Beliau menegaskan demikian sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini yang dilaporkan menyaran agar parti-parti yang berasaskan agama tidak sesuai wujud di negara ini.
Menurut beliau lagi, sekiranya pemimpin itu memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Katanya, ini adalah kerana perjuangan PAS adalah perjuangan Islam seperti mana yang yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadis dan Allah menegaskan di dalam Al Quran, yang bermaksud: Kami tidak utuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam.
Tegasnya, perjuangan PAS membawa obor keadilan dan keejahteraan kepada seluruh bangsa dan agama di negara kita ini.
Tegas beliau lagi, keadilan dan kesejahteraan yang dibawa oleh Islam kepada seluruh bangsa umat manusia bukan suatu retorik bahkan ianya telah dibuktikan sejak zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan kemudiannya diteruskan oleh Khulafa Ar Rasyidin dan pemerintahan-pemerintahan selepas itu.
Tambahnya, ahli sejarah dan ilmuan telah mengiktiraf betapa adilnya Islam kepada seluruh bangsa manusia ketika diberikan peluang mentadbir dunia dengan telunjuk Al Quran dan Sunnah.
Beliau menegaskan lagi, PAS sejak awal penubuhannya lagi sentiasa menggalakkan perdamaian antara pelbagai bangsa dan agama sekali gus menolak pergolakan dan ketidakstabilan yang bertentangan dengan keharmonian sesebuah negara.
Justeru, beliau menolak dakwaan pemimpin tersebut kononnya parti yang berasaskan agama seperti PAS dikatakan tidak sesuai diamalkan di negara ini.
"Apa yang tidak sesuainya? Parti PAS tidak membahayakan sesiapa. PAS adalah sebuah parti yang berasaskan Islam yang membawa kesejahteraan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment